saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 24/05/2005

Universiti realiti untuk orang Melayu

Pendapat

Baru-baru ini telah ramai mengusulkan penubuhan sebuah universiti UMNO bagi memenuhi tuntutan dan hasrat seluruh ahli di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun ada juga yang kurang bersetuju dengan niat itu manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar cadangan tersebut terlebih dahulu dibentangkan di dalam Biro Pelajaran supaya dapat ditentukan kewajarannya.

Tambahan lagi dengan adanya 17 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan banyak lagi IPT swasta (IPTS) yang sedia ada, cadangan sama ada menubuhkan sebuah lagi institusi pengajian tinggi atau dengan mengambil sebuah institusi IPTS sedia ada untuk diiktiraf sebagai sebuah Universiti UMNO wajar diberi pertimbangan.

Persoalannya apakah dengan hanya mengadakan sebuah universiti atau menyerapkan sebuah IPTS dan menukar namanya sebagai Universiti UMNO mampu mempertingkatkan taraf hidup dan martabat bangsa melayu? Bukankah beribu-ribu siswazah yang lulus daripada pusat-pusat pengajian tinggi awam ataupun swasta sekarang ini kebanyakannya anak-anak Melayu?

Bagaimana pula dengan ribuan siswazah yang sedang menganggur di kala ini yang 90 peratusnya adalah daripada orang Melayu? Dengan menubuhkan sebuah lagi universiti, tidakkah ini akan menambahkan lagi perangkaan negatif orang Melayu sendiri?

Fakta-fakta seperti itu sememangnya pahit untuk ditelan. Dalam zaman milenium ini pastinya jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut sepatutnya sedang ataupun telah dirangka yang bertujuan mempertingkatkan taraf dan martabat bangsa Melayu. Persoalannya apakah ini dilakukan oleh institusi-institusi pengajian tinggi baik awam mahupun swasta di negara kita sekarang? Lihatlah apa yang diajar di IPTA/IPTS di Malaysia sekarang ini.

Dalam semua bidang ilmu yang diajar di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia sekarang ini, boleh dikatakan keseluruhannya mengajar untuk memberi ilmu menyiapkan pelajar-pelajar ke bidang pekerjaan. Dengan lain perkataan ia adalah lebih berbentuk backroom (latar belakang). Mereka diajar apakah bidang itu, asal-usul, prinsip dan bagaimana ia boleh dilaksanakan. Dengan lain perkataan mereka diberi tiket untuk menaiki bas yang mana destinasinya tidak diketahui dan terpulanglah kepada pemegang tiket yang akan menentukan arah tujuannya.

Kelemahan-kelemahan ketara yang melanda IPTA/IPTS ketika ini antaranya, kurang kemahiran berkomunikasi, kurang kemampuan berfikir, kurang inisiatif dan kurang keyakinan diri di kalangan graduan di negara ini. Kenapakah ia harus begitu? Kita mungkin mengenali Akademi Fantasia yang dianjurkan oleh pihak TV Astro yang telah berjaya melahirkan ramai penyanyi/penghibur yang terkenal. Kenapakah ini tidak boleh dilaksanakan di IPTA/IPTS di negara kita? Dengan lain perkataan pelajar-pelajar yang memasuki universiti diberi ilmu dan pengetahuan yang realiti serta praktikal sebelum mereka melangkahkan kaki memasuki dunia luar.

Saya cadangkan universiti realiti?

Realiti didefinisikan sebagai erti hidup sebenar. Universiti pula adalah pusat pembelajaran di mana erti hidup sebenar diajar dan dipraktiskan. Memang benar mereka mengetahui cara-cara mengira, menyiapkan pelan, memproses, mendokumentasikannya, menyimpan, menutup rahsia, menyaman, mengutip hutang, bergaduh dan berbagai-bagai lagi kerja yang berbentuk pelaksanaan. Persoalannya siapakah yang akan mencari dan menemui pelanggan? Apakah mereka diajar cara-cara menjual? Apakah mereka diajar cara-cara frontline (medan hadapan) bekerja? Atau lebih tepat lagi, apakah mereka telah bersedia menempuh dunia luar? Sebagai usahawan? Sebagai seorang survivor (yang terselamat), yang tidak takut dengan ujian hidup?

Usaha

Mereka juga perlu diberikan pendedahan awal di dalam perancangan kewangan. Di institusi-institusi pengajian tinggi awam atau swasta di Malaysia sekarang ini, subjek ini tiada dalam silibus mereka. Dalam segala usaha yang dilaksanakan perkara terpenting adalah aliran wang keluar masuk. Pelajar-pelajar pada asasnya diajar bagaimana mengusahakan sesuatu projek tetapi sumbernya tidak diajar ataupun perkara pokok iaitu keuntungan tidak tertulis sebagai asasnya. Awal penerokaan Amerika Syarikat (AS) oleh orang-orang kulit putih adalah lebih kepada penjajahan. Setelah sekian lama lebih ramai lagi pendatang menerokai tanah-tanah luas AS.

Golongan petani pada amnya terdiri daripada mereka yang cekal, berani dan bersemangat tinggi. Tetapi yang pasti kebanyakan mereka pada awalnya adalah golongan miskin. Merekalah sebenarnya pengasas kepada perancangan kewangan sebenar. Mereka sangat berjaya. Tengoklah kedudukan mereka di AS sekarang ini. Mereka mempunyai kuasa politik dan ekonomi.

Asal usul bangsa Melayu sememangnya bertani dan ke laut. Semangat dan keberanian sebenarnya telah ada di sanubari setiap anak melayu. Semangat kita lebih sedikit daripada mereka. Jika tidak, perkataan ``amuk'' itu bukankah berasal daripada kita? Bagaimanakah kita boleh memanfaatkannya? Ini boleh dipupuk dan dibimbing untuk menghasilkan graduan-graduan bermutu dan bernilai menerusi universiti realiti.

Tenaga pengajar dipilih daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing. Tidak semestinya mereka memerlukan ijazah kedoktoran falsafah (PhD) untuk mengajar realiti sebenar. Bangsa melayu telah melahirkan ramai usahawan, seniman, ahli politik, sukan, doktor, arkitek, guaman, saintis, ekonomi, kewangan dan pelbagai bidang lagi yang diperlukan di dunia ini. Apakah mereka semuanya memiliki PhD? Ramai tokoh-tokoh korporat dan usahawan Melayu yang berjaya tidak memiliki PhD.

Begitu juga Tan Sri Lim Goh Tong ataupun Tan Sri Ananda Krishnan. Pokoknya mereka adalah antara contoh usahawan yang berjaya. Pengalaman dan kebijaksanaan mereka itu yang diperlukan. Asas mereka adalah cuba dan terus mencuba. Kecekalan dan kegigihan mereka perlu disemai di dalam jiwa bangsa kita. Akademi Fantasia berjaya melahirkan penghibur yang popular kurang dari tiga bulan, peperiksaan yang dijalankan adalah menerusi penyingkiran. Hanya yang terbaik dibiarkan sehingga ke peringkat tertinggi.

- AZIZ IBRAHIM,

Petaling Jaya, Selangor

Kirim pendapat anda melalui e-mel: [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.