saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 26/05/2005

Jom makan - Aktiviti ceria keluarga


CHEF Zaida Mohamad Abdul Aziz mendemonstrasikan masakan untuk tetamu.



Peluang baik kepada masyarakat di luar bandar raya menikmati keseronokan menghadiri pesta apabila Unilever mengadakan jelajah seluruh negara mengadakan pesta yang diberi nama Karnival Jom Makan.

Penolong Pengurus Jenama Unilever, Zarina Zawawi berkata, karnival diadakan bertujuan mengajak orang ramai menyertai pesta yang hanya sesekali berlangsung di kawasan berhampiran tempat tinggal mereka.

``Terdapat banyak aktiviti yang bermanfaat dan menggembirakan dan boleh disertai oleh semua ahli keluarga. Selain bergembira dengan aktiviti, pihak kami juga percaya ia akan mengeratkan ikatan kekeluargaan yang beramai-ramai ke karnival itu nanti,'' katanya.

Tambahnya sempena karnival yang berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang di lokasi yang terpilih pelbagai aktiviti diatur.

Berpeluang

Pengunjung akan berpeluang menikmati promosi makanan, demonstrasi masakan, permainan untuk kanak-kanak seperti dam ular gergasi, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta persembahan muzik daripada kumpulan False Opus.

Personaliti televisyen Nazrudin Rahman dan Sharifah Aleya akan menceriakan suasana di semula lokasi terpilih apabila terpilih sebagai pengacara majlis.

``Antara aktiviti yang diadakan agak menyeronokkan kerana selebriti Chef Zaida Mohamed Abdul Aziz akan menunjukkan cara-cara memasak mee rebus Johor dengan cara mudah menggunakan produk keluaran Unilever.

``Di samping itu pengunjung juga akan ditunjukkan cara penyediaan teh yang enak dan teknik membuat sanwich dengan cara mudah tetapi berkhasiat,'' katanya.

Prihatin dengan kekurangan golongan yang memerlukan, di setiap karnival yang diadakan, pihak Unilever akan menghulur sumbangan sebanyak RM3,000 serta hamper yang terdiri daripada margarin, kiub perasa, mentega kacang, mayonis dan teh kepada beberapa pertubuhan kebajikan anak yatim dan rumah orang tua yang telah dikenal pasti.

Unilever turut menyumbang kepada anak-anak yatim beg cenderahati yang berisi sabun, pencuci, ubat gigi, permainan, pen, mug dan buku nota.

Baru-baru ini Pengarah Urusan Unilever (food), Bernadette Wake telah menyampaikan sumbangan yang sama kepada Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Segamat, Johor sempena karnival yang telah diadakan pada pertengahan bulan Mei yang lalu.

Selepas ini, karnival jom makan akan meneruskan destinasi ke Cukai, Trengganu (28 Mei) Kulim, Kedah (14 Jun), Kangar, Perlis (12 Jun), Dungun, Trengganu (17 Jun) dan Masjid Tanah, Melaka (18 Jun).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.