saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/05/2005

Devotees - Memuji Puteri Diana


DEVOTEES dianggotai oleh (dari kiri) Adi Akmal, Ahmad Shauqi, Muhammad dan Abd. Halim - Gambar JEFFRI RAHMAN.



DEVOTEES - Sebuah lagi kumpulan nasyid muncul untuk mewarnai dunia seni tempatan dengan album sulung mereka yang berbeza daripada kumpulan nasyid lain iaitu berkonsepkan pop dakwah dan world music.

Album yang bertajuk Devotees dikatakan dapat menarik minat remaja hari ini kerana kepelbagaian irama dalam satu album iaitu world music, nasyid, rap, dance, R & B dan pop.

Devotees yang dianggotai oleh Adi Akmal Sehrom,19, (Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam jurusan Sains Hayat), Abdul Halim Ahmad, 19, (Matrikulasi UIA dalam jurusan Kejuruteraan), Muhammad Mohd. Tawil, 20, (Kursus Kejuruteraan Kimia, UKM, Bangi) dan Ahmad Shauqi Abu Kassim, 20, (STPM) ditemukan dalam satu uji bakat DME Records yang juga penerbit album mereka.

Bagi Devotees, walaupun kemunculan kumpulan nasyid begitu banyak namun mereka berharap kehadiran mereka untuk memberi sumbangan kepada remaja hari ini akan tercapai.

``Terlalu banyak gejala sosial yang melibatkan remaja berlaku hari ini. Kami harap dengan irama dan lirik lagu-lagu kami akan dapat memberi kesedaran kepada remaja. Inilah sumbangan kami kepada remaja dan masyarakat,'' kata Adi Akmal.

kontroversi

Sebanyak sepuluh lagu diabadikan dalam album edaran NAR Records ini iaitu Tika Dinihari, Mencari Cinta, Mahar Cinta, Sahabatku, Alpha, Istana Kasih, Luahan Rindu, Hijrah Menuju Allah, Lament dan Tragedi Diana.

Menyentuh mengenai Tragedi Diana (lagu Putra Aiman dan lirik Ustaz Pahrol Md. Juoi) yang mungkin menimbulkan kontroversi kerana memuji kecantikan dan peribadi mendiang Puteri Diana, Abd. Halim berkata: ``Ia hanyalah ilham penulis lirik. Bukanlah kami mahu mengagung-agungkan mendiang Puteri Diana cuma sekadar mengambil iktibar apa yang berlaku dan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat dunia dalam kerja-kerja amal.''

Devotees mula dipasarkan semalam (26 Mei). Selain promosi album, Devotees juga akan mengadakan IPT Road Tour mulai 12 Julai hingga akhir September ini. Sementara pada 14 Jun, Devotees akan muncul pada Konsert Gema Jublee Emas Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.