saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 29/05/2005

Memahami mesej karyawan seni khat Islam

SUATU hari nanti Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia, Muzium Kesenian Islam dan lain-lain pihak diharap dapat mengadakan pameran seni khat Islam. Seperti telah disebut ia menduduki ruang istimewa dalam kesenian Islam kerana kaitannya yang rapat dengan ayat-ayat al-Quran.

Bahan-bahan pameran kelak tentunya mencerminkan mesej Islam seperti telah disebar dengan luasnya di negara Parsi, empayar Uthmaniah, negara-negara Maghreb di Afrika Utara, Asia Barat, benua kecil India, wilayah-wilayah China yang ramai orang Islam dan Asia Tenggara.

Berupa salah satu pembuka tirai ialah buku berjudul Islam: Art and Architecture (Konemann, Cologne) mengenai perkembangan pesat agama Islam pada waktu permulaannya melalui ``Penyerapan dan integrasi pelbagai budaya dan tradisi... yang merayakan kekayaan dan keindahan ciptaan Tuhan.''

Menjelaskannya lagi baru-baru ini ialah Profesor Dr. Shaukat Mahmood dari Universiti Islam Antarabangsa dalam syarahannya berjudul Calligraphy and its role in Islamic Architecture.

Antara yang hadir ialah beberapa karyawan seni khat Cina dan budayawan Barat.

Seni khat dalam bidang seni bina dianggap begitu penting sekali. Lalu disebut juga mengenai ukiran-ukiran di Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock di Baitulmaqdis yang darinya menurut Islam Nabi Muhammad naik ke langit.

Lain-lain contoh ialah yang terdapat pada masjid zaman silam di Isfahan, Iran, Masjid Al-Azhar di Kaherah bahkan juga pada jambatan yang merintangi Sungai Tigris di Iraq.

Lantas disebut pada permulaan syarahan betapa seni khat Islam belum dikaji secara mendalam oleh budayawan Barat. Profesor Dr. Shaukat kemudian mengingatkan: ``Kerana pentingnya seni penulisan dalam Islam maka kajian mengenai seni khat adalah sesuatu yang perlu dalam penyelidikan sejarah.''

Seperti telah dicatat oleh sebuah majalah Amerika, jumlah umat Islam di seluruh dunia sekarang lebih daripada 1.4 bilion, termasuk empat juta di Amerika.

``Agama Islam berkembang begitu cepat di negara-negara yang bilangan penduduk melambung naik... kebanyakan orang Arab adalah beragama Islam, tetapi majoriti yang beragama Islam bukan Arab.''

Di beberapa negara warga Islam yang pertama ialah yang dibawa secara paksa ke sesuatu negeri. Demikian halnya di Afrika Selatan. Pada masa lampau sebilangan ramai orang Melayu dibawa ke negara itu menjadi hamba. Mereka kemudian dengan sendiri membina masjid dan madrasah. Bagi mereka, masjid menjadi simbol identiti Islam.

Juga penting untuk pameran seni khat Islam ialah pelbagai karya daripada pemerintahan Islam selama lebih 700 tahun di Sepanyol. Sebenarnya juga ada pelajaran dari sejarah kota-kota zaman lalu itu, seperti Cordoba, Alhamra, Granada, Toledo, Malaga dan al-Andalus.

Ibn Haiyan, seorang sejarawan yang melihat kejatuhan pemerintahan Islam di Cordoba, lalu menulis dalam memoirnya mengenai kebebasan Islam di waktu itu ``lebih berputar pada keindahan dan kemewahan hidup di istana.''

Bagi sebilangan lain ialah taman-taman bunga yang indah, lengkap dengan kamar-kamar mewah kononnya mencerminkan keadaan di syurga!

Di samping itu berlaku perpecahan di kalangan pemimpin. Lantas disebut kisah Boabdil yang menghadapi pemberontakan rakyat kerana berunding menyerah kalah kepada Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabelle. Malah diceritakan juga betapa dia mencium tangan Raja Ferdinand. Cerita bersambung:

``Ketika membawa diri di kawasan pergunungan, Alpajarros, beliau berdiri seketika di suatu tempat yang kemudian diberi nama The Last Sigh of the Moor lalu melihat ke arah Granada dan menangis.

Ibunya yang meluat dan berasa jijik dengannya kemudian menyindir: ``Memang patut kau menangis seperti perempuan kerana tidak berani mempertahankan diri seperti lelaki.''

Boabdil mati kemudiannya dalam satu pertempuran lain di Afrika Utara. Mengenai dirinya telah dicatatkan: ``Beliau terkorban dalam satu perjuangan lain tapi tidak berani berkorban untuk perjuangan diri sendiri.''

Di samping itu ialah sejarah besar Parsi berjudul Shah Nameh, mengandungi 60,000 baris sajak, karya Firdausi.

Ia mengandungi 79 lukisan mengenai kelumrahan di istana dan keadaan di medan perang. Ceritanya mengenai raja-raja dan pahlawan serta hulubalang mereka. Karya ditulis untuk Sultan Mahmood.

Namun, Firdausi akibatnya diketepikan. Sebabnya Firdausi seorang pengikut ajaran Syiah manakala Mahmood dari golongan Sunni. Ini juga cebisan sejarah.

Firdausi kemudian dianggap sebagai ``arkitek sastera yang ulung.'' Seorang sarjana Iran kemudian menulis bahawa Firdausi ``telah menyelamatkan bahasa Parsi dari pemesongan dan transformasi yang dibawa oleh para penyerang budaya dan tradisi asing.''

Begitu banyak sebenarnya mesej daripada karyawan seni khat Islam kepada yang seagama dan lain-lain.

Bagi karyawan seni khat Islam yang dilukis hanya beberapa baris atau satu ayat saja, malah cuma satu perkataan. Tiap satu dari al-Quran dan sebagaimana telah disebut oleh Abdul Basit Abdus Samad, pembaca ayat suci yang ternama dari Mesir: ``Al-Quran, manakala dibaca dari hati yang bersih akan sampai ke hati nurani lain.''

Catatan kaki wajar dicatat mengenai kisah Granada, dulunya kubu kuat orang Moor pemerintah Islam di Sepanyol, tapi kemudian diserahkan begitu saja oleh Boabdil kepada Raja Ferdinand. Sebuah masjid baru telah dibina di Granada. Makmumnya bukan orang Moor masa kini tapi orang keturunan Eropah. Cerita mengenainya disiarkan oleh akhbar New York Times. Maka agama Islam terus berkembang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.