saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/05/2005

Tokoh dikir barat Kelantan Seman Wau Bulan meninggal

KOTA BHARU 29 Mei - Tokoh dikir barat terkenal negeri Kelantan dan pencipta lagu Wau Bulan, Seman Mamat, 65, meninggal dunia di rumahnya di kampung Belukar Beta Hulu di sini petang ini akibat diserang sakit jantung.

Isteri kedua Allahyarham, Khadijah Md. Noor, 65, berkata, suaminya yang popular dengan gelaran Seman Wau Bulan meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 petang ini selepas rebah secara tiba-tiba di dalam rumah.

Beliau berkata, sewaktu sedang berbual-bual itu, Allahyarham yang duduk di atas kerusi menunjukkan tanda-tanda seperti sesak nafas sebelum rebah di atas riba anak tirinya.

``Semasa leka berbual dengan anak perempuan saya, Allahyarham seperti mengalami sesak nafas dan selepas itu dia terjatuh di atas riba anak saya,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Kata Khadijah, sehari sebelum kejadian itu, Allahyarham telah menunjukkan perubahan sikap dengan mendakwa beliau hendak meninggal dunia.

Jelas beliau, Allahyarham berkata begitu kerana merasakan ajalnya sudah hampir tiba.

``Sehari sebelum kejadian dia (Allahyarham) memberitahu saya hatinya berkata seolah-olah dia hendak mati dan saya berpesan kepadanya supaya tidak bercakap perkara yang pelik,'' katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lapan orang anak termasuk empat anak tiri dan sembilan orang cucu.

Isteri pertama beliau, Mariam Yusof meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu ketika berusia 63 tahun dan beliau kemudiannya berkahwin dengan Khadijah kira-kira empat bulan lalu.

Allahyarham mula aktif dalam dunia dikir barat sebagai tukang karut selepas menyertai kumpulan Puak Kampung Pondok Kubang Tin di Peringat pada tahun 1958 dan merupakan orang pertama yang membawa dikir barat ke Kelantan dari Selatan Thailand.

Lagu Wau Bulan ciptaan dan nyanyian Allahyarham berjaya mengangkat namanya sehingga membuatkan lagu terbabit menjadi popular sehingga ke hari ini.

Allahyarham turut menghasilkan berpuluh-puluh buah album dan album terakhir bertajuk Dewan Muda yang diterbitkan sebanyak enam siri di sekitar tahun 2000.

Di atas jasa beliau mempelopori dikir barat di negeri ini, Allahyarham diberikan Anugerah Tokoh Budaya Kelantan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 2000.

Beliau juga turut menerima Anugerah Tokoh Budaya Parlimen Peringat pada tahun 1998 dan dikurniakan Pingat Bakti oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pada tahun 1980.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Juk, Kubang Beta di sini sebelum solat Maghrib hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.