saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/05/2005

Qaisy dan Laila - Mampukah mengubah minda penonton?


NUR Fazura dalam satu babak menyayat hati dari filem Qaisy dan Laila.



SETELAH melalui segala pengalaman sukar sepanjang merealisasikan filem Qaisy dan Laila, kata penerbitnya, Habsah Hassan dia benar-benar lega apabila filem itu selesai dan kini sedang menanti tayangan di pawagam seluruh negara bermula 30 Jun ini.

Namun dalam keterujaannya itu, dia mengakui diburu kebimbangan menanti reaksi dan sambutan penonton terhadap filem terbitan bersama Serangkai Filem Sdn., Bhd. dan Nizarman (M) Sdn. Bhd. itu.

Lari dari norma filem Melayu yang selalunya sarat dengan mesej remeh temeh dan ringan, Habsah yang juga penulis skrip filem itu tertanya-tanya apakah Qaisy dan Laila yang menampilkan tema kemanusiaan mampu menarik peminat filem Melayu ke panggung.

``Kita tahu bagaimana selera kebanyakan penonton kita terhadap filem Melayu. Kebimbangan saya terhadap filem ini ialah penerimaan masyarakat kita terhadap temanya.

``Saya tertanya-tanya apakah filem ini mampu mengubah minda penonton kita yang selama ini seringkali disogokkan dengan isu-isu ringan seperti cinta, kahwin, cerai dan sebagainya,'' ujar Habsah pada pertemuan dengan Mega selepas prebiu khas filem itu di Shah Alam, Selangor, Khamis lalu.

Tegas produser itu, dia sengaja memilih mesej kemanusiaan bagi memberi variasi dan pilihan kepada para penggemar filem Melayu.

Selain itu, katanya, genre filem seperti itu jarang dihasilkan oleh pembuat filem tempatan.

Sedangkan menurut Habsah, filem luar negara yang tampil dengan mesej kemanusiaan khususnya dari Barat selalu mendapat perhatian masyarakat tempatan.

``Masyarakat kita perlu didedahkan dengan isu-isu besar seperti ini yang dihasilkan sendiri oleh pembuat filem kita.

``Kita harus keluar daripada kepompong filem Melayu. Saya tidak nafikan, kita buat filem untuk masyarakat.

``Tapi apakah filem yang dihasilkan sememangnya kehendak masyarakat atau mereka tiada pilihan?

``Justeru saya menghasilkan Qaisy dan Laila untuk memberi pilihan kepada mereka.

``Saya berharap mereka yang selalu memberi komen tentang industri perfileman kita menonton dan mempertimbangkan filem ini,'' katanya.

Menurut Habsah, biarpun isu Qaisy dan Laila nampak berat tetapi pendekatannya tetap ringan.

``Elemen cinta tetap diterapkan kerana itu adalah naluri manusia tetapi cinta itu bukan sekadar mainan perasaan.

``Lebih penting, kita terapkan nilai cinta kepada negara dan bagaimana seseorang perlu berkorban kerana cinta seperti yang dilalui oleh Qaisy.

``Sebenarnya tema yang saya utarakan adalah tema sejagat yang boleh berlaku di mana-mana kerana penjajahan berlaku dalam pelbagai wajah.

``Ia tidak hanya terjadi dengan pertumpahan darah tetapi juga boleh berlaku dalam bentuk lain yang adakalanya tidak kita sedari,'' jelasnya yang mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan filem tersebut.

Tidak pernah terlintas untuk membawa Qaisy dan Laila menyertai sebarang festival di luar negara, kata Habsah, ``Sebagai penerbit dan penulis skrip filem ini, secara peribadinya, saya merasakan ia tidaklah sehebat mana.

``Namun saya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh setiap mereka yang terbabit dalam pembikinan filem ini.''

Qaisy dan Laila yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin telah menjalani penggambaran selama sebulan dalam cuaca panas terik dan ribut pasir di sempadan Pakistan Afghanistan seperti di bandar Quetta dan pekan kecil Kanak.

Didukung oleh Jehan Miskin dan Nur Fazura Sharifuddin, turut membintangi filem itu ialah Umie Aida dan Radhi Khalid.

Dalam usaha untuk membawa filem itu di khalayak, produser itu turut menjayakan beberapa siri tayangan amal perdana di beberapa buah negeri.

Pada 31 Mei (hari ini), Qaisy dan Laila akan ditayangkan di Melaka sementara di Singapura pada 11 Jun.

``Melalui cara ini sekurang-kurangnya mereka yang telah menyaksikan filem itu akan menyebarkannya secara mulut ke mulut.

``Saya perlu bawa filem ini kepada masyarakat dan Alhamdulillah, responsnya setakat ini memberansangkan khususnya kepada mereka yang menonton untuk berfikir dan mencari sesuatu yang lain,'' tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.