saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/06/2005

Pontianak Menjerit - Apa menariknya?


Yusof Kelana (empat dari kanan) bersama barisan pelakon Pontianak Menjerit pada majlis pra tonton filem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Sinopsis Pontianak Menjerit
Datuk Pengiran Abdul Rahman telah mewasiatkan peguamnya mencari waris-waris yang berhak menerima hartanya bernilai RM30 juta.

Ada dua lagi waris yang dicari selain dua anak lelakinya, Azlee seorang ahli perniagaan dan Mazlan seorang pereka fesyen yang lembut.

Saiful, seorang mekanik dan anak yatim piatu tidak menjangkakan yang dia bakal mewaris harta arwah ayahnya yang tidak pernah dikenalinya.

Semasa pembacaan wasiat di rumah arwah Datuk Pengiran di Fraser Hills, keadaan menjadi hura-hara. Azlee, anak sulung Datuk Pengiran tidak dapat menerima kehadiran Saiful. Ini ditambah lagi dengan kehadiran Ratanapuri, seorang wanita keturunan Siam sebagai pewaris.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

TIADA adegan luar biasa atau kejutan yang ditonjolkan dalam filem Pontianak Menjerit. Adegan hantu terbang memang ada. Tapi itu sudah tidak jadi perkara luar biasa bagi sebuah filem genre seram hari ini.

Zaman penggunaan teknologi digital CGI telah menjadikan filem tempatan pun tidak ketinggalan menggunakan kaedah tersebut untuk mendapatkan adegan hantu berterbangan itu.

Terkejut

Biarpun begitu filem arahan Yusof Kelana yang menampilkan genre komedi seram itu tetap ada keistimewaan tersendiri dan mampu membuat penonton terkejut dan ketawa.

Anda pasti akan ketawa melihat telatah Mazlan Pet Pet yang berlakon sebagai Mazlan. Kali ini Mazlan tidak buat perangai gila-gila seperti selalu.

Sebaliknya dengan imej bermisai halus, dia melakonkan watak lelaki lembut pemilik sebuah butik iaitu adik kepada Azlee.

Watak Mazlan nampak hidup dan yang pasti kali ini dia tidak `over'. Selain watak Mazlan, penonton akan tertarik dengan karakter Ratanapuri lakonan Sheila Rusly.

Lakonan Sheila tidak perlu dipertikaikan. Kali ini Sheila membawa watak wanita Siam. Lakonannya begitu baik sekali. Lenggoknya berbicara dalam bahasa Siam, mampu membuat penonton tersenyum sendiri.

Itu adalah sebahagian daripada daya tarikan yang terdapat pada filem arahan Yusof yang diterbitkan bersama antara M.E Communications Sdn. Bhd., dengan Skop Productions Sdn. Bhd. Sebelum ini kedua-dua syarikat telah berkongsi menghasilkan filem Tragedi Oktober dan MX3.

Menurut Yusof, Pontianak Menjerit yang menelan kos RM1.2 juta termasuk promosi, dihasilkan bukan kerana terikut dengan polar filem seram masa kini.

Sebaliknya filem itu dihasilkan kerana dia ingin menggunakan kelebihannya sebagai pengarah untuk menghasilkan filem gabungan komedi dan seram.

``Saya merasakan sejak kebelakangan ini jarang ada filem sebegitu, melainkan pada zaman P.Ramlee saja. Jadi dari situlah timbul idea untuk saya menghasilkan filem Pontianak Menjerit,'' katanya yang ditemui selepas majlis pra tonton filem tersebut di Mid Valley, Bangsar, baru-baru ini.

Menyentuh mengenai penampilan Juliana Banos sebagai pontianak, Yusof berkata raut wajah pelakon tersebut lebih sesuai berbanding pelakon lain.

Kata Yusof, Pontianak Menjerit bukan sekadar cerita seram semata-mata tapi disulami dengan komedi dan mesej yang ingin menyatukan satu keluarga porak peranda.

``Filem ini akan ditayangkan pada 16 Jun ini,'' kata Yusof.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.