saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/06/2005

Tiong Lai sedia ganding bahu dengan Seng Kok

KUALA LUMPUR 5 Jun - Setiausaha Agung Pemuda MCA yang juga Ahli Parlimen Bentong, Datuk Liow Tiong Lai menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok bagi memantapkan pergerakan Pemuda MCA jika mereka dipilih sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda pada pemilihan akan datang.

Menurutnya, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk berganding bahu dengan Seng Kok dalam mengemudi pergerakan itu kerana percaya bahawa Seng Kok mempunyai kelebihannya tersendiri.

Tiong Lai juga menghargai sikap Seng Kok yang sentiasa memberikan kerjasama dalam melaksanakan tugas mereka sebagai Setiausaha Agung Pemuda MCA dalam tempoh tiga tahun ini.

``Sungguhpun jawatan Setiausaha Agung Pemuda MCA dibahagikan di antara kami berdua namun Seng Kok sentiasa memberikan kerjasama bagi memastikan agenda Pemuda MCA dapat dilaksanakan dengan lancar.

``Berlandaskan kepada sikap keterbukaannya, saya yakin kami berdua akan dapat membentuk satu jalinan kerjasama yang mantap supaya Pemuda MCA akan terus maju dan menjadi sebuah pergerakan yang disegani,''katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di pejabatnya di sini hari ini.

Tiong Lai diminta mengulas mengenai keputusan beliau kelmarin untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda MCA selepas penyandangnya, Datuk Ong Tee Keat memutuskan untuk mengosongkan jawatan berkenaan.

Tee Keat mengumumkan akan bertanding merebut salah satu daripada empat jawatan Naib Presiden MCA pada pemilihan parti 20 Ogos ini.

Tiong Lai, 44, yang dilantik menjadi Setiausaha Agung Pemuda MCA pada 2002 bersama-sama dengan Seng Kok dalam satu pelan damai merupakan anak didik kepada Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy.

Seng Kok pula adalah bekas Setiausaha Politik kepada bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik.

Pada masa yang sama, Tiong Lai juga berjanji untuk melaksanakan pembaharuan dalam Pemuda MCA jika diberi mandat oleh para perwakilan pada pemilihan akan datang.

Katanya, matlamat paling utama kini ialah untuk memperkukuh kerjasama sesama anggota Pemuda, memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada badan pusat dan membawa kemajuan kepada warga belia Cina dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

Tiong Lai yang menyertai MCA pada 1981 juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar kepada bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Lim Ah Lek.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.