saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 09/06/2005

2 lagi hilang di Brinchang, 4 belum ditemui di Bukit Fraser


SEPASUKAN anggota polis bertungkus-lumus melancarkan gerakan mencari tiga beradik dan seorang sepupu mereka yang sesat di kawasan Bukit Fraser, Raub, Pahang semalam manakala seorang penduduk kampung, Mazlan Mohd. Nor menemui jejak (gambar kanan) dipercayai ditinggalkan mereka yang hilang itu. - Gambar MAHATHIR ALI.


KUALA LUMPUR 8 Jun - Ketika operasi mencari tiga beradik dan seorang sepupu mereka yang sesat dan hilang di Bukit Fraser diadakan sejak kelmarin, dua orang lagi dilaporkan hilang semasa mendaki Gunung Brinchang di Cameron Highlands, malam tadi.

Dalam kejadian terbaru di Gunung Brinchang itu, seorang bekas tentera, Rahman Osman, 58, dari Taman Ehsan Kepong, Kuala Lumpur dan anak saudaranya, Mohd. Azid Tahrin, 14, dilaporkan hilang pada pukul 8.30 malam tadi.

Misteri kehilangan enam orang dalam dua kejadian berasingan itu terus menjadi tanda tanya kerana pasukan mencari hanya menemui kesan tapak kaki dipercayai milik mangsa yang hilang di Bukit Fraser manakala satu topi besbol berwarna biru dipercayai milik Mohd. Azid pula ditemui di Gunung Brinchang.

Dalam kejadian di Bukit Fraser, mereka yang hilang dan belum ditemui ialah tiga beradik dari Tapah, Perak iaitu Chew Ser Wee, 16, Chew Ser Han, 14, dan Chew Ser Meng, 10, serta sepupu mereka Jeremy Teo, 9, dari Singapura.

Ekoran itu, gerakan besar-besaran dilancarkan di dua lokasi berkenaan melibatkan penduduk kampung, polis, tentera, tok batin Orang Asli, bomoh dan imam masjid.

Pelbagai ikhtiar dilakukan dalam usaha pencarian itu termasuk laungan azan oleh imam masjid turut dilakukan ketika operasi mencari di Gunung Brinchang.

Gerakan mencari di Bukit Fraser melibatkan kawasan seluas lapan kilometer persegi, manakala di Gunung Brinchang membabitkan kawasan pada ketinggian 2,000 meter dari aras laut.

Bagaimanapun, sehingga malam ini kesemua enam orang itu belum ditemui.

Usaha mencari oleh pasukan keselamatan dihentikan pukul 7 malam ini. Ia akan disambung semula pagi esok. Bagaimanapun, segelintir sukarelawan meneruskan usaha mencari sehingga malam ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Yusuff pada sidang akhbarnya di Balai Polis Bukit Fraser memberitahu, operasi mencari dan menyelamat empat pelajar itu kini tertumpu di bahagian utara kawasan hutan itu.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat setakat ini telah menggerakkan operasi mengesan sejauh lapan kilometer persegi di kawasan selatan hutan Bukit Fraser.

``Sehingga pukul 7 malam ini, pasukan mencari belum menemui jejak keempat-empat mereka walaupun telah menjalankan gerakan mencari dari Muar Cottage hingga ke dalam hutan yang turut meliputi kawasan curam,'' katanya.

Menurutnya, operasi hari ini disertai seramai 120 anggota polis, tentera, sukarelawan dan penduduk tempatan.

``Di samping itu, dua buah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dua helikopter Unit Udara PDRM beserta enam ekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan Jabatan Siasatan Jenayah (K-9 JSJ) turut digunakan,'' katanya.

Tambah Ramli, anggota penyelamat juga terdiri daripada 21 anggota Pasukan Komando Udara (Paskau) dan 35 anggota dari Komando 69.

Operasi mencari empat yang hilang di Bukit Fraser disambung semula pukul 8 pagi ini setelah gerakan sejak semalam gagal menemui mereka.

Gerakan mengesan dua yang hilang di Gunung Brinchang pula dilancarkan sejak malam tadi dan disambung semula hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Baharuddin Sarbaini berkata, laporan kehilangan Rahman dan Mohd. Azid dibuat oleh isteri Rahman iaitu Zaharah Abdullah, 56, di Balai Polis Brinchang.

``Kedua-dua mangsa pergi mendaki gunung tersebut pada pukul 10 pagi dan sepatutnya pulang pukul 3 petang,'' katanya.

Menurutnya, polis telah melancarkan gerakan mencari melibatkan 15 anggota sebaik sahaja menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa bercuti di pusat peranginan itu bersama anggota keluarga lain, tetapi mereka kemudian memutuskan untuk menyambung percutian kerana hendak mendaki Gunung Brinchang.

``Anggota keluarga lain pulang ke Kuala Lumpur semalam manakala mereka berdua mengambil keputusan pergi mendaki gunung,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.