saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/06/2005

Salah laku parti: Pemimpin kanan akan dipanggil beri keterangan

PULAU PINANG 18 Jun - Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Zaki Tun Azmi membayangkan ada pemimpin kanan UMNO akan dipanggil menghadap lembaga itu atas dakwaan melanggar tataetika pemilihan parti.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka yang terbabit.

``Anda (pemberita) tidak boleh menyebut nama orang ini atau orang itu sebab kalau bukan dia (dalam senarai), anda kena bertanggungjawab.

``Namun kebiasaannya kita akan mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan perkara ini,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail ketika ditanya kemungkinan ada pemimpin tertentu akan menghadap lembaga itu minggu depan, beliau enggan mengesah atau menafikan.

``Saya tidak mahu memberi maklumat apa-apa, saya sedang bermesyuarat,'' katanya ketika dihubungi.

Majlis Tertinggi (MT) pada mesyuaratnya 28 April lalu bersetuju membenarkan Lembaga Disiplin mengumumkan menerusi media nama ahli parti yang bersalah melanggar tataetika dan disiplin parti.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, lembaga yang diketuai oleh Ahmad Rithauddeen itu akan terus berbuat demikian tanpa menunggu rayuan dikemukakan oleh ahli-ahli terbabit.

Keputusan MT itu sebagai mengulas cadangan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad sebelum itu yang mahukan MT melarang Lembaga Disiplin mengumumkan kepada media nama ahli parti yang didapati bersalah kerana melanggar tataetika parti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.