saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/06/2005

Pemimpin kanan hadapi 7 tuduhan -- Dipanggil beri keterangan Khamis

KUALA LUMPUR 20 Jun - Seorang pemimpin kanan UMNO akan dipanggil oleh lembaga disiplin parti itu Khamis ini bagi menghadapi sekurang-kurangnya tujuh pertuduhan membabitkan rasuah politik semasa pemilihan parti September lalu.

Satu sumber memberitahu, surat panggilan bagi membela diri atas pertuduhan itu telah dihantar kepadanya baru-baru ini.

Pertemuan lembaga disiplin itu yang dikenali sebagai sesi memberi penerangan akan mula bersidang 10 pagi di ibu pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Difahamkan lembaga disiplin akan mengambil segala keterangan berhubung pertuduhan yang dibuat ke atas pemimpin itu sebelum membuat keputusan.

Sekiranya wujud prima facie dalam kes itu, beliau akan dipanggil semula bagi menghadapi pertuduhan.

Utusan Malaysia yang cuba menghubungi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen gagal mendapatkannya manakala timbalannya Tan Sri Zaki Tun Azmi enggan memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Zaki sebagai berkata bahawa ada pemimpin kanan UMNO akan dipanggil menghadap lembaga itu atas dakwaan melanggar tataetika pemilihan parti.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin berkenaan.

Rabu ini, lembaga disiplin akan turut mendengar kes-kes lain termasuk kes Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Amir Salleh atas tuduhan campur tangan dalam soal parti semasa tempoh penggantungannya 12 Ogos 2004 hingga 1 Jun lalu.

Pada Perhimpunan Agung UMNO September tahun lalu, 212 calon bertanding pada pemilihan MT.

Ini termasuk 51 orang bertanding merebut 25 kerusi MT dan tujuh yang lain bertanding merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO.

Pada pemilihan itu, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin memenangi jawatan naib presiden.

Isa dan Ali merupakan muka baru bagi jawatan naib presiden. Penyandang jawatan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang kini Ketua Penerangan UMNO gagal mempertahankan jawatan.

Pemilihan itu turut menimbulkan kontroversi apabila ada pihak mempertikaikan keputusannya dengan mengaitkannya dengan unsur-unsur politik wang.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.