saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/06/2005

Saya terima hukuman dengan hati terbuka - Shahiruddin

KUANTAN 26 Jun - Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shahiruddin Ab. Moin yang digantung dua tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO berkata, beliau didapati bersalah atas dua pertuduhan melanggar tata etika parti.

Shahiruddin berkata, beliau telah didakwa menganjurkan pertemuan dan jamuan pada 11 September tahun lalu di rumah ibunya yang melibatkan ahli-ahli UMNO bahagian Raub serta perwakilan dan berkempen untuk Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di majlis itu.

``Pihak lembaga telah memutuskan saya melanggar etika ahli UMNO dan saya telah pun didapati bersalah dalam kedua-dua tuduhan ini iaitu pertama, menganjurkan jamuan dan kedua berkempen.

``Saya menerima keputusan ini dengan hati yang cukup terbuka dan saya berterima kasih kepada Lembaga Disiplin yang memberi ruang untuk saya membuat rayuan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat diterima,'' katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Katanya, beliau menerima surat pergantungan itu semalam.

Menurutnya, beliau sudah menyiapkan rayuan untuk dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Shahiruddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub berkata, sebagai seorang ahli parti yang patuh, beliau yakin pihak Lembaga Rayuan dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dapat menimbangkan rayuannya sebaik mungkin.

Semalam Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu bahawa beliau tidak akan melakukan sebarang rombakan bagi menggantikan Shahiruddin yang memegang potfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Koperasi; Hal Ehwal Pesara, Bekas Polis, Bekas Tentera dan Badan Bukan Kerajaan sehingga keputusan rayuan diketahui.

Kelmarin, Lembaga Disiplin turut menggantung keahlian Mohd. Isa selama enam tahun setelah didapati bersalah atas lima daripada sembilan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.