saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/06/2005

Aset PTPTN adalah pelajar

Pendapat

Baru-baru ini PTPTN mengumumkan kemungkinan hanya menawarkan pinjaman kepada pelajar-pelajar kursus kritikal sahaja. Selain daripada itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shafie Mohd. Salleh mengakui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengalami masalah dari aspek penyimpanan rekod sehingga menjejaskan kutipan balik hutang para peminjamnya. Dengan singkatnya, fail hilang.

Apa sebenarnya terjadi kepada PTPTN? Sebuah badan yang mempunyai misi besar dalam kemajuan dan kehidupan rakyat serta negara, huru-hara di samping hilang motif sebenar penubuhannya.

Kenapa perkara sebegini boleh berlaku pada zaman yang serba canggih dan pengetahuan kewangan yang tiada batasannya? PTPTN adalah harapan 90 peratus rakyat Malaysia khususnya kaum bumiputera yang rata-rata mempunyai masalah sekiranya dibebani oleh kos pendidikan anak-anak yang pastinya akan semakin meningkat.

Perkara ini takut jika benar berlaku akan hanya membolehkan anak-anak mereka yang berkemampuan yang akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Kita tidak perlu diingatkan lagi betapa pentingnya pendidikan kepada sesebuah negara. Bolehkah perkara ini dielakkan? Dengan perkataan lain, PTPTN sebagai sumber utama kewangan pendidikan tinggi diletak pada landasannya yang sepatutnya? Jawapannya sudah pasti, boleh.

Misi asal PTPTN adalah seperti berikut:

l Menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang layak;

l Mengurus pembayaran balik pinjaman daripada pelajar;

l Menyediakan skim simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi; dan

l Meningkatkan saiz dana melalui pelaburan.

Sumber kewangan utama PTPTN adalah daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). KWSP telah memberi pinjaman sebanyak RM6 bilion kepada PTPTN. Dengan kadar faedah yang istimewa, sumber ini tidak harus dilepaskan oleh PTPTN.

Bagaimanapun PTPTN perlu juga melihat sumber kewangan yang lain, skim bantuan latihan ataupun pinjaman mudah Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) memungkinkan PTPTN mendapat sumber kewangan yang murah dengan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun ini tidak bermakna PTPTN hanya menghabiskan dananya dengan kaedah pemberian pinjaman dengan sistem operasinya yang sedia ada. PTPTN juga boleh mendapatkan sumber modal dari pasaran kewangan sekiranya murah.

PTPTN perlu dirombak. Ia perlu bertindak dan melaksanakan misinya dengan lebih profesional oleh profesional. Pertamanya operasi dan infrastruktur PTPTN perlu diubah mengikut kaedah sebuah bank.

Bank mempunyai bahagian-bahagian yang tersendiri yang mampu melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dengan lebih lancar dan berkesan. Infrastrukturnya memerlukan adanya jabatan-jabatan pemasaran, pemprosesan, pentadbiran, perbendaharaan, kutipan hutang, guaman, kewangan korporat, pemegang amanah, sumber manusia, harta, pengurusan dan tidak ketinggalan juga perancang kewangan individu.

Pinjaman

Sistem kewangan telah maju. Pengetahuan perancangan kewangan membolehkan PTPTN berdikari. Peminjam-peminjam (para pelajar) sebenarnya adalah aset yang perlu digunakan juga oleh PTPTN. PTPTN perlu bertindak sebagai pengurus dana yang bijak. Di antara cara yang boleh digunakan adalah, dana pinjaman pelajaran yang diperoleh dari PTPTN boleh digunakan sebagai modal untuk membeli sijil saham amanah bertujuan menjana pendapatan dividen.

Dengan menggunakan sijil itu, ia boleh digunakan sebagai cagaran kepada pihak bank bagi memohon kemudahan overdraf yang boleh digunakan oleh para pelajar dalam memenuhi keperluan seharian dan pelajaran. Di samping itu pula sijil pelaburan dibiarkan pulangannya berganda sehingga suatu peringkat di mana pulangan serta pelaburan pokok cukup untuk membayar keseluruhan pinjaman PTPTN.

Dengan lain perkataan, dana PTPTN sudah tentu tidak akan pupus. Sebagai sebuah badan kerajaan, kadar faedah yang dikenakan kepada PTPTN juga boleh dikurangkan. Selain daripada itu, antara penyelesaian lain bersabit dengan masalah pinjaman PTPTN adalah menerusi pembelian insurans berkelompok yang bertempoh matang jangka masa panjang.

Cara ini boleh mengelakkan PTPTN daripada mengutip hutang bahkan akan menggalakkan peminjam-peminjamnya menabung dengan cara membayar hutang PTPTN mereka. Ini adalah kerana sekiranya hutang mereka habis dibayar, premium insurans yang telah matang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan.

Bagaimanapun dengan cara ini akan memberi keuntungan kepada syarikat insurans yang sepatutnya keuntungan diperoleh oleh PTPTN.

Dengan adanya cara-cara ``bijaksana'' pengendalian pinjaman PTPTN, rakyat Malaysia akan dapat merasa pendidikan tinggi yang murah dan mampu dibiayai oleh semua peringkat. Di samping itu pula, PTPTN akan dapat melaksanakan misinya sebagai sebuah bank pendidikan terulung di Malaysia.

- AZIZ IBRAHIM, Kuala Lumpur

Kirim pendapat anda melalui e-mel: [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.