saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/06/2005

Anugerah Era - Pencalonan lagu nasyid meningkat


PENYERTAAN jumlah pencalonan bagi beberapa kategori Anugerah Era 2005 (AE2005) tahun ini mengalami sedikit kemerosotan.

Ini khususnya bagi kategori-kategori Lagu Pop Pilihan dengan jumlah 88 pencalonan berbanding 96 pencalonan tahun lalu, Lagu Rock Pilihan (50 berbanding 55), Vokal Duo/Berkumpulan (39 berbanding 43), Video muzik Pilihan (50 berbanding 57) dan Vokal Wanita Pilihan (37 berbanding 41).

Bagaimanapun, jumlah pencalonan bagi kategori Artis Harapan Pilihan dan Lagu Nasyid Pilihan meningkat dengan ketara.

Jumlah pencalonan bagi kategori Artis Harapan Pilihan meningkat sebanyak 15 pencalonan daripada jumlah tahun lalu iaitu sebanyak 30 pencalonan.

Sementara kategori Lagu Nasyid Pilihan yang hanya menerima 13 pencalonan tahun lalu meningkat kepada 26 pencalonan tahun ini.

``Memang terdapat penurunan jumlah pencalonan bagi beberapa kategori, misalnya, kategori Video Muzik Pilihan.

``Keadaan ini berlaku ekoran pencalonan video muzik yang dibuat berdasarkan kepada jumlah klip video muzik yang dipaparkan di laman web Era.

``Bagaimanapun, dilihat secara keseluruhan kategori, ia tidak menunjukkan perubahan ketara,'' jelas Pemangku Pengurus Rancangan Era, Rostam Said pada sidang akhbar AE2005 di sebuah restoran di ibu kota baru-baru ini.

Dia juga menolak tanggapan bahawa jumlah pencalonan bagi kategori Lagu Pop Pilihan, misalnya, merosot kerana terdapatnya konflik antara stesen radio popular itu dengan stesen XFresh.

Khabarnya, sesetengah lagu tidak berpeluang dicalonkan pada AE2005 kerana lagu-lagu tersebut telah diputarkan terlebih dahulu di stesen XFresh.

Menjelaskan perkara tersebut, kata Rostam, ``Industri kita kecil dan mana-mana lagu yang dimainkan di Era berpeluang dicalonkan, tidak kira sama ada dia dimainkan juga di stesen lain.

berbeza

``Malah tiada konflik antara kami kerana selain berada di bawah satu bumbung, format kami juga berbeza.''

AE2005 yang telah masuk tahun kelima penganjurannya akan berlangsung pada 17 September ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pengundian peringkat pertama berlangsung mulai 13 Jun lalu sehingga 10 Julai ini dengan mengisi borang yang diedarkan oleh Skuad Era dan pengunjung laman web Era.

Sementara itu, Pengurus Rangkaian Era FM, Azrullah Mohd. Nor berkata, AE2005 kali ini akan menampilkan konsep funky, sesuai dengan medium itu sendiri.

``Radio bukan sekadar medium yang memberikan informasi tetapi juga jiwa kepada pendengarnya. Justeru, radio itu sendiri funky dalam dunianya,'' jelas Azrullah.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Ketua Program Melayu ASTRO, Rozina Aziz dan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran DiGi, Yohani Yusof serta para penyampai Era.

Astro Ria merupakan penyiar rasmi AE2005 manakala DiGi adalah penaja utama majlis penganugerahan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.