saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/06/2005

Isa masih enggan mengulas

SEREMBAN 29 Jun - Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang masih enggan mengulas pendiriannya berhubung keputusan Lembaga Disiplin ke atas beliau, hari ini menasihatkan pihak media supaya tidak lagi menunggu di depan rumahnya.

``Beritahu kawan-kawan tak payah tunggu saya lagi, nanti sakit, susah.

``Tetapi saya tidak akan beri sebarang kenyataan,'' katanya yang dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Isa bagaimanapun enggan memberi sebarang komen apabila ditanya sama ada beliau akan mengemukakan rayuan kepada Panel Rayuan UMNO.

Sejak berita mengenai penggantungan jawatan dan keahlian bekas Naib Presiden UMNO itu tersebar luas, pihak media `berkampung' di depan rumah Mohd. Isa di Palm Spring di Nilai untuk mendapatkan reaksi beliau.

Bagaimanapun, beliau yang didapati bersalah kerana terlibat dalam rasuah politik itu enggan memberi sebarang ulasan termasuk selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Abdullah semalam menasihatkan Mohd. Isa mengemukakan rayuan segera dan beliau mempunyai masa sehingga 10 Julai ini untuk berbuat demikian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.