saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 01/07/2005

MT UMNO lucut semua jawatan parti Isa Samad

KUALA LUMPUR 30 Jun - Majlis Tertinggi (MT) UMNO melucutkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada semua jawatan dalam parti berkuatkuasa 24 Jun lalu, iaitu tarikh beliau digantung keahliannya selama enam tahun oleh Lembaga Disiplin parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan mesyuarat MT malam ini berkata, MT membuat keputusan itu berlandaskan perlembagaan parti.

``Maka dengan itu mengikut apa yang telah diputuskan oleh MT dulu dan juga Perlembagaan, Tan Sri Isa akan digugurkan daripada semua jawatan dalam parti dan dia tiada hak untuk memilih, mengambil bahagian dalam mesyuarat parti, atau memegang apa-apa juga jawatan yang ada hubung kait dengan parti,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MT di sini.

Mohd Isa, Naib Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, didapati bersalah atas lima daripada sembilan tuduhan melanggar tata etika parti semasa pemilihan parti, September tahun lalu.

Jumaat lepas lembaga Disiplin parti mengumumkan Mohd Isa, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, digantung keahliannya selama dua penggal atau enam tahun atas kesalahan itu.

Perdana Menteri juga berkata, kedudukan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dalam Kabinet hanya akan diputuskan selepas kes rasuah politik diputuskan oleh Panel Rayuan parti.

Perdana Menteri berkata, beliau akan menunggu sehingga Panel Rayuan UMNO membuat keputusan mengenainya sebelum memutuskan kedudukan Menteri Wilayah Persekutuan itu dalam Kabinet.

Abdullah berkata, selaku Presiden UMNO, beliau memaklumkan secara rasmi kepada MT UMNO keputusan Lembaga Disiplin parti menggantung jawatan dan keahlian ke atas Mohd. Isa kerana terlibat dengan rasuah politik.

Mesyuarat MT malam ini juga tidak membincangkan secara lanjut mengenai kes Mohd. Isa memandangkan beliau mungkin akan mengemukakan rayuan kepada Panel Rayuan.

Abdullah juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Lembaga Disiplin UMNO diberi kebebasan penuh melaksanakan tugas tanpa sebarang tekanan.

``Jika Lembaga Disiplin dipantau, ini bermakna kita mengarahkan dia, kita beri kuasa sepenuhnya kepada lembaga supaya keputusan itu satu keputusan yang adil,'' jelasnya

Merujuk kepada kes itu yang mengambil masa begitu lama untuk disiasat, Perdana Menteri berkata, Lembaga Disiplin terpaksa mengambil kira dan menghalusi semua maklumat.

``Kes (Mohd.) Isa bukan diputuskan dalam masa sehari tetapi telah disiasat dan dihalusi sejak Oktober tahun lepas,'' kata beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh menyiasat kes rasuah politik membabitkan Mohd. Isa.

``Kalau ada bersabit dengan hal-hal berkaitan jenayah, tentulah Lembaga Disiplin akan dapat maklumkan kepada kita mengenainya dan sehingga waktu ini tidak ada apa-apa,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.