saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/07/2005

Lentok Habis! - Pukul habis

Kata sesetengah penggiat seni tempatan, karya muzik Eddie Hamid tidak susah untuk dijual. Maknanya ia mempunyai nilai pasaran yang tinggi yang tidak mengecewakan pihak syarikat rakaman.

Kata-kata ini terbukti apabila album kompilasi terbaru Eddie Hamid, Lentok Habis! yang memuatkan lagu-lagu terbaik ciptaannya terus meloncat ke tangga ke-4 carta jualan album paling laris di Malaysia setelah seminggu berada di pasaran.

Tanpa promosi meluas, cetakan pertama telah habis dijual. Ini menunjukkan peminat yang menyukai lagu-lagu ciptaan Eddie Hamid tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memiliki produk terbaru Nova Music yang telah diulang cetak sebanyak tiga kali.

Pihak Nova Music memang menjangka album Lentok Habis! akan mendapat sambutan. Antara sebabnya sudah lebih empat tahun Eddie tidak menerbitkan sebarang album kompilasi.

Rekod jualan album-album kompilasi Eddie Hamid yang bermula pada tahun 1999 juga amat baik dan pernah mencecah jualan melebihi 70,000 unit.

``Keunikan lagu-lagu ciptaan Eddie yang dikategorikan sebagai melankolik juga turut berperanan membantu jualan. Komposer sekarang tidak gemar mencipta lagu berbentuk demikian walaupun hakikatnya pendengar muzik tempatan menyenanginya,'' jelas Eksekutif Pemasaran Nova Music, Rouslan Moktar.

Perkembangan ini juga turut menyentuh perasaan Eddie Hamid yang sebelum ini merasakan karyanya agak terpinggir akibat persaingan dengan komposer-komposer baru yang lebih terjurus menghasilkan lagu-lagu yang lebih moden.

``Nampaknya perjuangan untuk memperkenalkan karya cara saya masih diterima penggemar muzik tempatan. Kebanjiran lagu-lagu yang didakwa mereka sebagai muzik moden gagal menghalang karya saya untuk mendapat tempat sewajarnya,'' ujar Eddie.

Melihat perkembangan ini beliau bertekad akan terus berkarya caranya walaupun ada suara-suara sumbang mengatakan muziknya berkelas muzik kampung.

``Perlu ingat, orang berniaga kenalah buat apa yang orang suka kerana merekalah yang akan membelinya,'' ujar Eddie Hamid yang amat gembira dengan kejayaan jualan album Lentok Habis!

Mengenai pemilihan lagu Rindu Serindu Rindunya versi Exists yang dimuatkan dalam album Lentok Habis!, Eddie mempunyai alasannya tersendiri.

``Sebelum memilih Exists, saya mendengar semula lagu Rindu Serindu Rindunya yang dinyanyikan oleh Spoon dan akhirnya saya berpendapat vokal Ezad Exists lebih tepat dengan melodi lagu tersebut,'' ujar Eddie.

Menyentuh tentang album Lentok Habis!, ia adalah sebuah album kompilasi yang menghimpunkan 15 buah lagu ciptaan Eddie Hamid yang dinyanyikan oleh pelbagai artis tempatan dan juga turut memuatkan sebuah lagu terbaru ciptaan Eddie Hamid yang dinyanyikan oleh Ameng Spring berjudul Puisi Sang Arjuna.

Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah, lagu Bunga Emas (Iklim), Rindu Serindu Rindunya (versi Exists), Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta (Spring), Nyanyian Rindu Buat Kekasih (Data), Dalam Diam Aku Mencintaimu (Stings), Utusan Rindu (Spin), Tinggal Sayang, Tinggallah Pujaan (Sweet Child), Segala Digelangi Rindu (Exists), Kita Ditakdirkan Berpisah (Screen), Rindu Rinduan Jadi Kenangan (Scoin), Ku Kunci Rindu Buatmu (Izzla), Buat Insan Tersayang (Ashira & Eddie) dan Bungaku Bakawali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.