saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/07/2005

Timbalan Ketua Polis Negara ketuai penerima anugerah

KUALA LUMPUR 4 Julai - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan akan mengetuai senarai penerima Anugerah Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis yang akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail di Istana Negara esok dan Khamis ini.

Musa akan menerima anugerah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

Turut menerima anugerah PGPP ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Fauzi Shaari; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Hairuddin Mohamed dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Othman Talib.

Menurut Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Mohamad Daud, Ketua Polis Perak, Datuk Zainal Mohd. Tahir pula akan mengetuai senarai 48 pegawai kanan polis yang akan menerima anugerah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP).

Menurutnya, antara pegawai kanan lain yang akan menerima anugerah PSPP ialah Pengarah Jabatan Narkotik, Datuk Mohd. Najib Abdul Aziz; Ketua Polis Kedah, Datuk Mohamed Supian Amat; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mangsor Ismail; Ketua Polis Selangor, Yahya Udin; Penolong Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohamad Adan dan Ketua Trafik Pasukan, Datuk Gingkoi Seman Pangcras.

``Seramai 25 lagi pegawai kanan akan menerima anugerah Pahlawan Pasukan Polis (PPP) dan 10 lagi pegawai akan menerima anugerah Kesatria Pasukan Polis (KPP).

``Sebanyak 95 orang lagi anggota polis akan menerima pingat Bentara Pasukan Polis (BPP),'' katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang pegawai dan dua anggota iaitu Asisten Supritendan Clayobas a/l Antonysamy, Lans Koperal Detektif Sehgaran a/l Kunjimaran dan Lans Koperal Ab. Rauf Mulup akan menerima Pingat Keberanian Polis (PKP).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.