saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/07/2005

Bintang RTM 2005 - Juaranya dipertikaikan


FELIS diapit oleh Min (kiri) dan Ida selepas berakhirnya peringkat akhir Bintang RTM 2005 di Angkasapuri, Kuala Lumpur malam Jumaat lalu.



Kejayaan Felis atau Felicia Anak Gek menjuarai Bintang RTM 2005 dipertikaikan. Kedudukannya sebagai kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikatakan telah memberi laluan kepadanya menjuarai pertandingan nyanyian anjuran RTM itu sendiri.

Gadis berusia 21 tahun ini selain pernah bertugas sebagai penyampai Radio Wai 101.3fm, kini merupakan Pembantu Penerbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kuching, Sarawak.

Felis diumumkan juara Bintang RTM 2005 pada Jumaat lalu selepas bersaing sengit dengan sembilan calon peringkat akhir yang lain di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Kemenangan itu membolehkan gadis yang kini menetap di Batu 17, Siburan, Kuching ini menerima hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan sijil penyertaan.

Ternyata lagu medley berjudul Gemilang yang dipopularkan oleh Jaclyn Victor dan Sweet Child of Mine (Sheryl Crow) membantu kemenangannya itu.

Bagi gadis kelahiran Kuching ini, kemenangan itu merupakan permulaan baginya mencipta nama sebagai penyanyi.

``Saya memang bercita-cita mahu jadi penyanyi dan sepanjang pertandingan itu saya sudah cuba buktikan yang terbaik. Tapi kalau kemenangan saya dipertikaikan, saya rasa itu di luar bidang kuasa saya,'' katanya.

Sementara itu, menurut penerbit Bintang RTM 2005, Alex Reza, 33, penyertaan gadis genit itu tidak pernah mempengaruhi mana-mana juri bagi membolehkannya muncul sebagai juara pertandingan tersebut.

``Sebelum ini, kami tidak pernah memberitahu status Felis. Para juri tidak tahu latarbelakangnya. Status itu juga tidak ada kena mengena dengan peraturan pertandingan ini,'' kata Alex ketika memberi komen berhubung isu itu.

Selain itu, Alex turut mengulas tentang penyertaan yang banyak didominasi oleh peserta wanita terutamanya dari Sarawak.

Jelasnya, pertandingan itu tidak menetapkan jumlah kuota peserta lelaki mahupun wanita dan ia terpulang atas pilihan para juri.

``Tidak dinafikan tahun ini peserta wanita lebih ramai iaitu tujuh wanita dan tiga lelaki. Berbanding tahun lalu, peserta lelaki enam orang dan empat lagi adalah wanita.

``Malah, kali ini peserta dari Sarawak pula paling ramai iaitu seramai empat orang. Semua itu atas pemilihan para juri dan ia berlaku secara kebetulan,'' ujarnya.

Sementara itu, Min atau Siti Mazmin Zamiran, 20, juga dari Kuching, Sarawak meraih gelaran naib johan dengan menerima RM7,000, trofi dan sijil penyertaan.

Min menyampaikan lagu medley berjudul Jera (Agnes) dan Berdansa (Ning Baizura).

Ida atau Nurlida Ab. Rahman, 23, berasal dari Kulim, Kedah pula mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM4,000, trofi dan sijil penyertaan.

Ida menyampaikan lagu medley Biarlah Bulan Bicara (Broery Marantika) dan Tragedi Buah Epal (Anita Sarawak).

Selain tiga pemenang tersebut, Zizie atau [email protected] Mad Tahil, 20, dari Sipitang, Sabah pula dipilih memenangi kategori Bintang Popular hasil undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) para penonton.

Zizie menerima hadiah wang tunai RM8,000, trofi dan sijil penyertaan.

Malam itu, Zizie mendendangkan lagu medley Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah) dan Lagu Rindu (Siti Nurhaliza).

Tujuh peserta lain pula menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM500, trofi dan sijil penyertaan tiap seorang.

Tujuh peserta itu ialah Farah (Farah Noor Fairus Rahim, 20), Zizie, Amin (Muhaimin Azzahan, 18), Barb (Barbara Anak Edward, 21), Kay (Kahirulanwar A. Shukor, 19), Din (Mohd. Saifuddin Mokhtar, 21) dan Aifa (Aifa Ashma Mobil, 19).

Hadiah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sambil diiringi oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abdul Rahman Hamid.

Keputusan para pemenang ditentukan oleh enam juri professional ke-cuali bagi kategori Bintang Popular yang ditentukan 100 peratus oleh penonton melalui undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Juri pertandingan malam itu diketuai oleh Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Johari Salleh, Mac Chew, Johan Nawawi, Roslan Aziz dan Mohd. Asnawi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.