saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/07/2005

d-Va - Tukar vokalis kali ke sembilan


BUAT sekian kalinya, vokalis kumpulan Daring Visionary Act atau lebih dikenali sebagai d-Va bertukar lagi! Pertukaran tersebut menjadikan kemunculan Shahs (sebutan Shaz) sebagai vokalis ke sembilan kumpulan pop alternatif rock itu selepas penyanyi sebelumnya, Faz atau nama sebenarnya Nor Fazlina Mohd. Noor tekad meninggalkan d-Va.

Lebih menarik, kali ini d-Va bukan sahaja berganti vokalis malah turut menambah seorang lagi anggota baru, pemain gitar kedua bernama Syami.

Kini d-Va dengan tiga anggota asalnya, Zarul, Yoep dan Azham mempunyai keyakinan tinggi untuk membawa kumpulan itu lebih jauh dalam industri seni suara tanah air.

``Kami mahu berjaya bersama-sama tapi, seringkali masalah begini (pertukaran vokalis) timbul. Tetapi itu tidak melemahkan semangat kami.

``Malah merasakan tindakan ini yang terbaik kerana untuk berjaya, kita memerlukan anggota yang komited,'' kata Zarul, mewakili teman-teman yang lain sewaktu mengadakan pertemuan dengan Mega baru-baru ini.

Zarul menjelaskan, Faz tidak lagi dapat bersama-sama mereka apabila vokalis yang popular dengan lagu Aku Dia Dan Kamu itu mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa.

``Kalau ikutkan Faz merupakan vokalis yang paling lama bertahan dengan d-Va iaitu selama dua tahun.

``Sayang sekali, `jodoh' kami tidak lama kerana Faz bukan sahaja ingin bekerja sepenuh masa tetapi merancang untuk melanjutkan pengajian.

``Namun kami percaya dengan komitmen Shahs dan berharap kolaborasi kami akan bertahan lama biarpun Shahs masih belajar dalam bidang psikologi di salah sebuah kolej swasta di ibu kota,'' katanya lagi.

Stail Shahs tersendiri

Terpikat dengan imej Shahs yang unik, kata Zarul, gadis itu hadir untuk uji bakat bersama 50 yang lain dengan konsep dan stail tersendiri.

Justeru, tidak hairanlah mengapa kumpulan itu memilih gadis berusia 23 tahun itu untuk menganggotai d-Va.

``Mencari vokal yang terlalu bagus bukan matlamat kami tetapi selain komitmen, kami juga perlu berkolaborasi dengan mereka yang seiring dengan muzik kami.

``Shahs memenuhi kriteria yang kami cari dan bersesuai pula dengan konsep d-Va itu sendiri,'' jelas Zarul.

Sementara itu Shahs yang pernah menyertai Malaysian Idol sehingga terpilih ke peringkat kedua, memberitahu teruja menganggotai d-Va memandangkan dia amat minat menyanyi.

``Tentang berapa lama saya boleh bertahan itu tak dapatlah nak cakap. Apa yang penting, saya tak boleh pentingkan diri sebab ini kerja berkumpulan.

``Apa pun, saya akan cuba menyumbang sesuatu untuk kejayaan d-Va,'' kata Shahs.

Menjelaskan tentang penambahan anggotanya pula, kata Zarul, ``Syami bermain dengan kami semasa persembahan di AIM (Anugerah Industri Muzik) ke-12 yang lalu.

``Kami dapati kehadirannya bukan sahaja boleh mewarnai d-Va tetapi lebih penting dapat memantapkan band dalam usaha kami untuk memajukan diri.

``Selepas ini kami mahu maju setapak lagi terutama daripada segi muzik, persembahan dan stail,'' kata Zarul.

Rakaman semula

Sesuai dengan barisan barunya, d-Va juga mengambil keputusan merakamkan semula lagu-lagu Aku Dia Dan Kamu, Cinta Sebenar dan Cinta Boneka menggunakan suara Shahs.

Malah d-Va kini sedang merancang untuk pembikinan album baru mereka yang dijangka dipasarkan selewat-lewatnya selepas Hari Raya nanti.

Buat masa ini d-Va sudahpun mempunyai empat buah lagu.

Mereka akan mula masuk studio rakaman pada Ogos ini untuk muncul dengan single terbaru berjudul Kita Merdeka.

``Kami juga merancang untuk merakamkan satu atau dua lagu Inggeris di samping lagu cover version de-ngan menampilkan artis lain seperti Teh Tarik Crew untuk album kedua itu nanti,'' jelas Zarul.

d-Va yang akan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 9 Julai ini juga sedang merancang untuk mengadakan persembahan jelajah institusi pengajian tingi (IPT) sempena ulang tahun ke-10 Broadway Entertainment (M) Sdn. Bhd., bermula Julai hingga September ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.