saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/07/2005

Isu `masjid' hangatkan sidang

KUALA LUMPUR 6 Julai - Sidang Dewan Rakyat hari ini hangat apabila kalangan ahli-ahli Parlimen UMNO dan Pas saling `cabar-mencabar' berikutan isu merobohkan sebuah premis yang didakwa `masjid' oleh Pas di Kampung Bujal, Kemaman, Terengganu.

Suasana tersebut tercetus apabila Ahmad Shabery Chek (BN-Kemaman) mempertikai tindakan Pas menentang usaha kerajaan Terengganu merobohkan premis berkenaan sehinggakan mereka mengadakan demonstrasi pada 16 Jun lalu di negeri tersebut.

Menurutnya, para penyokong Pas yang datang dari luar kampung itu tidak memahami isu berkenaan sedangkan notis mengenainya telah diberikan kepada penduduk di situ pada 31 Disember 2004 supaya bangunan yang baru tidak dibina di situ kecuali premis sedia ada.

``Tidak semua bangunan diroboh. Sebelum ini tanah itu sepatutnya diberikan kepada penduduk miskin namun kerajaan Pas ketika itu telah memberikannya kepada orang luar yang bukan berasal dari Terengganu,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Pindaan 2005 pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Perkara berkenaan bagaimanapun tidak disenangi oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian). Ketika meminta laluan beliau berkata, Pas menentang usaha meruntuhkan masjid itu kerana mereka berpendapat kerajaan negeri sepatutnya menyelesaikan isu tersebut secara rundingan.

Menurutnya, mana-mana kerajaan pun mempunyai budi bicara dan bukan menghantar anggota keselamatan untuk merobohkan masjid itu.

``Kita boleh panggil penduduk untuk buat rundingan. Kalau tidak boleh selesai, kita ke mahkamah,'' katanya.

Ahmad Shabery kemudiannya bangun dan menyatakan tawaran pemimpin Pas untuk berbincang telah diterima namun pada 16 Jun lalu, Salahuddin bersama ribuan penyokong parti itu telah berdemonstrasi.

Keadaan bertambah tegang apabila Salahuddin bangun dan mencabar Ahmad Shabery supaya satu pertemuan diadakan antara Pas dan kerajaan pimpinan UMNO Terengganu mengenai isu merobohkan premis berkenaan agar ia tidak berlanjutan di Parlimen.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery berkata, beliau bersetuju mengadakan pertemuan sekiranya Pas menurunkan poster mengenai isu itu selain meminta maaf kepada rakyat kerana mengelirukan isu tersebut.

Pertikaman lidah yang berlarutan itu menyebabkan Lim Hock Seng (DAP-Bagan) bangun meminta perbalahan itu dihentikan kerana terdapat 40 usul untuk dibahaskan di Parlimen.

``Parlimen kini telah menjadi pentas untuk dua parti berbalah, saya harap Pengerusi boleh mengambil perhatian,'' katanya.

Ketika menyambung perbahasan, Ahmad Shabery turut menyentuh mengenai isu dua imam, pernikahan dan penyembelihan orang UMNO yang dianggap tidak sah oleh Pas, mengkafirkan orang UMNO serta pengaruh di luar negara sehingga menyebabkan Pas menjadi radikal.

Apabila disentuh tentang perkataan radikal itu, sekali lagi Salahuddin bangun kerana tidak berpuas hati dengan gelaran tersebut dan meminta Ahmad Shabery memperjelaskan perkataan radikal itu.

Bagaimanapun, Ismail Noh (PAS-Pasir Mas) meminta perkara itu tidak dibangkitkan kerana katanya, Pas tidak pernah mengkafirkan sesiapa pun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.