saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 11/07/2005

Meritokrasi tidak tindas Melayu


JOHOR BAHRU 10 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata dasar meritokrasi yang dilaksanakan kerajaan dalam bidang pendidikan negara bukan bertujuan menindas atau mendiskriminasi mana-mana pihak termasuk orang Melayu.

Namun Abdullah yang juga Presiden UMNO dan Menteri Kewangan Pertama berkata jika ada pihak yang merasakan pelaksanaan dasar itu menimbulkan masalah, mereka boleh membincangkannya dengan menteri yang berkenaan.

``Tidak ada tujuan untuk menindas mereka, tidak ada langsung. Dan kalau ada masalah yang dilihat berlaku apabila sistem (meritokrasi) itu dilaksanakan, maka pada saya pandangan-pandangan berkaitan masalah itu perlulah disampaikan kepada mereka yang berkenaan.''

``Ia bagi membolehkan mereka mengambil langkah perlu kerana sistem yang kita laksana bertujuan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar kita,'' katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Umno Johor di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata mereka yang berpendapat sistem meritokrasi menimbulkan masalah, bolehlah membincangkannya dengan menteri yang berkenaan.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Umno negeri menganggap sistem meritokrasi bukan sahaja membawa kemerosotan pelajar Melayu dalam bidang-bidang kompetitif malah merupakan satu bentuk diskriminasi dan penindasan.

Abdul Ghani yang juga Menteri Besar Johor berkata sistem itu telah menindas ribuan anak Melayu di luar bandar yang tidak berpeluang mendapat pendidikan berkualiti.

``Kita perlu sedar bahawa meritokrasi yang kononnya menjadi cagaran untuk meningkatkan daya saing, sebenarnya satu bentuk diskriminasi dan penindasan kerana padang persaingan belum rata memandangkan berpuluh-puluh ribu anak Melayu di luar bandar masih dinafikan peluang mendapat pendidikan yang berkualiti,'' katanya ketika merasmikan Konvensyen UMNO Johor.

Malah Abdul Ghani berkata sistem meritokrasi telah menyebabkan bukan Melayu mulai bersuara mahukan peluang yang sama rata seperti mempersoalkan biasiswa dan ini menyimpang daripada `semangat kontrak sosial'.

Sistem meritokrasi, katanya, telah mengakibatkan kesan yang buruk terhadap pelajar Melayu berikutan kemerosotan bilangan mereka dalam bidang-bidang kompetitif seperti perubatan, kejuruteraan, pergigian dan farmasi.

Beliau memberi contoh Universiti Malaya yang menurutnya bilangan pelajar Melayu yang mengikuti pengajian dalam fakulti perubatan, farmasi, undang-undang dan pengajian perniagaan, semakin mengecil.

Katanya sistem meritokrasi tidak lagi membolehkan kemasukan pelajar Melayu dan bukan Melayu ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berasaskan agihan 55:45 yang digunakan dalam sistem kuota. - Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.