saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/07/2005

Kanak-kanak mati tercekik ikan puyu

JITRA 11 Julai - Gara-gara ingin bermain dan melihat seekor ikan puyu dengan lebih dekat, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mati tercekik setelah ikan tersebut melompat masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 1 petang ini semasa mangsa, Samion Ahmad dari Pekan Jitra di sini sedang bermain seorang diri dengan seekor ikan puyu sebesar ibu jari kaki dalam sebuah kolah di rumah salah seorang jirannya.

Ibu Samion, Sa-arja Deumali, 45, berkata anaknya yang suka menangkap ikan dan memelihara ikan air tawar di rumahnya berjaya menangkap ikan puyu itu beberapa hari lalu tetapi diletakkannya di rumah jiran mereka.

Beliau memberitahu ketika kejadian, anak ketiga daripada empat adik beradik itu sedang menundukkan kepalanya di dalam kolah berkenaan sambil mengocakkan air.

Sa-arja yang bekerja sebagai penoreh getah percaya kocakan air berkenaan telah membuatkan ikan puyu itu melompat keluar ke arah anaknya.

``Saya terdengar jeritan Samion dan melihat dia memegang lehernya dengan keadaan mulut yang berdarah,'' katanya kepada para pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Jiran yang turut mendengar jeritan Samion turut memanggil ayahnya, Ahmad Johari yang baru pulang dari menoreh untuk membawa mangsa ke hospital.

Bagaimanapun Samion yang baru berpindah bersama keluarganya dari Betong, Thailand ke Jitra tiga bulan lalu dan dalam perancangan untuk didaftarkan di salah sebuah sekolah rendah di sini meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sa-arja memberitahu, beliau mengurung anaknya di dalam rumah agar tidak bermain di luar selepas balik dari kebun tetapi Samion berjaya keluar melalui tingkap tanpa pengetahuannya.

Jenazah Allahyarham Samion dikebumikan di Tanah Perkuburan Jitra di sini petang ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.