saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/07/2005

Rast - Kumpulan nasyid atau pop?


KUMPULAN RAST.



RAST mula mendapat perhatian sejak tampil sebagai artis jemputan dalam album motivasi Dr. Shukri Abdullah yang berjudul Inspirasi pada tahun lalu.

Sejak itu nama mereka telah dikenali di kalangan peminat-peminat seni.

Kini bersandarkan kepada pengenalan itulah, Rast tampil dengan album pertama yang menggunakan nama kumpulan mereka.

Album yang menampilkan konsep nasyid kontemporari itu telah pun berada di pasaran sejak akhir Jun lalu.

Mendengar lagu-lagu daripada album terbitan Akmal Shamsudin, Faizal Tahir, Azahari Nowseeheart, Shah Brother dan Trabye itu pasti ada yang menganggap Rast bukan kumpulan nasyid tetapi kumpulan pop.

Malah anggota Rast yang terdiri daripada Syed Mohd. Azlan, Mohd. Iskandar Dzulkarnaian, Wan Najran Wan Mohd. Noh dan Mohd. Shahrudin Jalal tidak membantah jika mereka dilabel sebagai kumpulan pop.

Jelas Wan Najran, ``Rast perlu melakukan sedikit perubahan. Biarpun irama yang kami persembahkan lebih kepada kontemporari namun mesej pada lirik kami masih positif. Malah menerusi lirik yang sebegitu, kami dapat berdakwah,'' katanya.

Menurut Wan Najran, mereka pernah ditawarkan menjadi artis pop berkumpulan.

Bagaimanapun tawaran tersebut ditolak kerana minat mereka lebih kepada lagu-lagu berunsur nasihat. Sebagai permulaan, Rast memilih lagu Setelah Aku Dipaling sebagai single pertama.

Rast yang merupakan artis naungan Telaga Biru itu, berharap perubahan yang dilakukan dapat menarik minat pendengar-pendengar muda untuk muhasabah diri.

Antara lagu yang terdapat dalam album sulung Rast ialah Hujan Gerimis, Mencari Cinta, Masih Ada Waktu dan Maafkan Diriku.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.