saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/07/2005

Lebih 100 pelajar disyaki keracunan makanan

BUKIT MERTAJAM 12 Julai - Lebih 100 pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) hari ini setelah disyaki mengalami keracunan makanan.

Pegawai Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Dr. Azizah Abdul Manan berkata, pada mulanya hanya segelintir pelajar mengalami cirit-birit, muntah, loya dan demam, selepas beberapa jam menikmati hidangan makan malam di kantin asrama sekolah berkenaan.

Menurutnya, keadaan tersebut berlaku kira-kira pukul 3 pagi sebelum para pelajar memaklumkannya kepada pihak pengurusan asrama.

Bagaimanapun para pelajar hanya dibawa ke HBM kira-kira pukul 7 pagi menggunakan bas sekolah apabila lebih ramai pelajar turut mengalami simptom yang sama.

Bagaimanapun, kata beliau, keadaan kesemua pelajar terbabit kini stabil dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya, selepas menjalani pemeriksaan, mereka dibenarkan pulang ke asrama kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, antara menu yang menjadi hidangan makan malam tersebut ialah nasi lemak, bihun goreng dan mi kari.

Sementara itu, pihak kesihatan daerah mengarahkan kantin asrama sekolah tersebut ditutup untuk pemeriksaan lanjut.

``Buat masa ini, kita tidak boleh mengatakan kantin asrama berkenaan menjadi punca kerana siasatan masih dijalankan,'' Dr. Azizah.

Dalam pada itu, pihak pengurusan sekolah berkenaan ketika ditemui enggan mengulas mengenai kejadian tersebut.

Usaha pihak media mendapatkan maklumat daripada pelajar terlibat turut dihalang oleh salah seorang guru dengan alasan sebarang kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pengetua.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.