saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/07/2005

Tiga pelajar cedera terjatuh lalui jambatan roboh tidak dibaiki


GHAZALI Ahmad bersama-sama tiga orang anaknya Nursuhada, Haslan dan Fatinasuha yang terjatuh ke dalam sungai ketika menyeberangi jambatan yang sebahagiannya roboh akibat banjir tahun lalu di Kampung Seligi Tok Harun, Pasir Puteh semalam. Ketiga-tiga beradik itu bernasib baik dan hanya mengalami cedera ringan. - Gambar Rosni Masri.


PASIR PUTEH 12 Julai - Tiga pelajar adik-beradik cedera selepas terjatuh ketika menyeberangi jambatan yang sebahagiannya roboh akibat banjir tahun lepas di Kampung Seligi Tok Harun di sini semalam.

Nursuhada dan Fatinasuha Ghazali, masing-masing pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat Sekolah Menengah Seri Maharaja, Bukit Abal serta adik mereka Haslan, pelajar tahun empat Sekolah Agama Permatang Rambai di sini terjatuh semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah pada pukul 2 petang.

Bapa mereka, Ghazali Ahmad, 52, berkata, kejadian itu berlaku apabila anak-anaknya itu yang menunggang sebuah motosikal tergelincir ketika meniti di atas beberapa keping papan di jambatan itu.

``Anak saya bernasib baik kerana cedera ringan di bahagian kepala, muka dan kaki dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga beradik itu dinasihatkan agar mendapatkan rawatan susulan selepas terjatuh di atas batu di bawah jambatan setinggi kira-kira lapan meter.

``Saya bersyukur kerana motosikal yang ditunggangi tidak terjatuh sama yang kemungkinan boleh menghempap mereka dan menyebabkan kecederaan yang lebih teruk,'' katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan kawasan Selising Amran Mat Nor berkata kerajaan pusat sudah meluluskan peruntukan RM500,000 untuk membina semula jambatan berkenaan.

Beliau berkata tender sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan yang akan dibina pada bila-bila masa.

Katanya kira-kira 500 penduduk Kampung Seligi dan Kampung Bendang termasuk pelajar sekolah menggunakan jambatan itu setiap hari untuk berulang-alik ke sekolah, kebun dan pekan berdekatan. - Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.