saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/07/2005

Suara-suara Doraemon, Nobita - SIAPA DIA


Siapa sangka siri kartun Doraemon yang direka oleh Fujimoto Hiroshi dan Motoo Abiko pada tahun 1969-70, mampu menarik perhatian kanak-kanak seluruh dunia.

Watak robot kucing yang mampu melakukan apa saja melalui kuasa pelbagai peralatan daripada poket di bahagian perutnya itu kini seolah-olah menjadi hero kepada penonton-penonton program itu.

Begitulah kuatnya pengaruh Doraemon di kalangan kanak-kanak. Tapi tahukah anda, suara siapakah yang diguna pakai oleh watak kucing robot itu?

Suara keanak-anakan Doraemon Malaysia yang disiarkan setiap Sabtu, 7.30 malam di ntv7 digayakan oleh Ruhayah Ibrahim, ibu kepada empat orang anak.

Ruhayah mula meminjamkan suaranya untuk watak Doraemon sejak tahun 2000 apabila tugasan mengalih suara di lakukan di studio Filem Karya Nusa, Petaling Jaya.

Sebelum ini sewaktu proses alih suara untuk siri Doraemon dilakukan di RTM, dia menggayakan suara Nobita.

``Suara sebenar saya bukanlah seperti Doraemon. Untuk menggayakan suara Doraemon saya terpaksa meneran, kadang-kadang sampai sakit tekak,'' cerita Ruhayah.

Drama pertama yang menggunakan suara Ruhayah ialah Air Stewardess, drama Jepun yang dialih ke Bahasa Melayu.

``Seingat saya drama Jepun itu popular juga. Mungkin saya ini nampak macam bodoh sebab tidak ada pengalaman, maka saya disuruh bawa watak Chiaki yang sememangnya seorang pramugari yang lurus. Dari drama itulah saya belajar,'' katanya.

Kini Ruhayah telah meminjamkan suaranya untuk siri kartun Chibi Maruko Chan, Ultraman Cosmos, Yu Gi Oh, Super Dullica dan banyak lagi.

Seorang lagi watak penting dalam siri Doreamon ialah Nobita Nobi. Nobita adalah seorang kanak-kanak lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sering menggunakan keistimewaan Doreamon untuk kepentingan diri.

Suara Nobita juga menggunakan suara wanita dewasa iaitu Azizah Jais, 56, yang sejak beberapa tahun lalu merupakan pengalih suara tetap di syarikat Filem Karya Nusa.

Antara siri kartun yang menggunakan khidmat suara Azizah ialah Ninja Boy, Digimon, Sailormoon, Teletubbies (Po), Naruto dan Time Rangers.

Sementara drama Jepun yang berjaya mengangkat nama Azizah dalam bidang pengalihan suara ialah Oshin pada tahun 1988.

Oshin adalah sebuah drama yang pernah disiarkan di TV3 dan mendapat sambutan hangat daripada penonton tempatan.

``Saya membawa watak Oshin berusia 7, 20 dan 60 tahun. Sedangkan ketika itu saya berusia 45 tahun. Memang mencabar tapi saya gembira kerana drama itu disukai ramai,'' katanya tersenyum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.