saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 15/07/2005

Harry Porter putar belit Kristian - Pope

BERLIN 14 Julai - Ketua Gereja Roman Katholik, Pope Benedict XVI menyifatkan kandungan novel Harry Porter sebagai memutarbelitkan ajaran Kristian, demikian komen yang dibuat oleh beliau kepada seorang penulis Jerman.

Gabriele Kuby yang pernah menulis sebuah buku berjudul Harry Porter- Good or Evil menerbitkan petikan-petikan daripada dua pucuk surat yang ditulis oleh Benedict XVI ketika beliau masih seorang kardinal pada 2003.

Dalam petikan berkenaan, Benedict XVI memuji tindakan Kuby kerana cuba menyedarkan orang ramai terhadap unsur-unsur tertentu dalam buku itu yang memutarbelitkan ajaran Kristian.

Katanya, ajaran Kristian hanya akan dapat berkembang jika elemen-elemen negatif seperti yang wujud dalam novel itu dapat dikawal.

Pemimpin Gereja Roman Katholik itu kini sedang bercuti di Alps.

Sebelum ini, Vatican pernah memberikan pandangan positif terhadap Harry Porter sambil menjelaskan, ia membantu kanak-kanak membezakan unsur baik dan jahat.

Siri keenam novel Harry Porter yang berjudul Harry Porter and the Half-Blood Prince dijangka diterbitkan pada 16 Julai ini dengan jutaan naskhah buku tersebut dipasarkan ke seluruh dunia. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.