saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/07/2005

Siti Nurhaliza Tokoh Karyawan Usahawan Muda

PULAU PINANG 23 Julai - Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Taruddin, 26, menambah satu lagi koleksi pengiktirafan apabila dianugerahkan Tokoh Karyawan Usahawan Muda oleh Universiti Sains Malaysia (USM) malam ini.

Penganugerahan buat pertama kali diberikan kepada artis tanah air itu sebagai pengiktirafan atas kejayaannya membina jenama Siti Nurhaliza dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa.

Penyampaian anugerah itu berlangsung sempena Malam Gala Alumni Pengurusan bersama Siti Nurhaliza di Hotel Equatorial, Bukit Jambul di sini.

Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak.

Majlis anugerah itu anjuran Pusat Pengajian Pengurusan (PPP),(USM) dan Akademi Pengurusan Asia (AAM) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dalam bidang pengurusan.

Dekan PPP, Prof. Datuk Daing Nasir Ibrahim berkata, penganugerahan berkenaan sebelum ini diberikan kepada tokoh yang berjaya dalam bidang ekonomi berasaskan perniagaan teras.

``Namun, kali ini kita cuba memperkenalkan satu lagi anugerah berlandaskan industri muzik kerana bidang tersebut turut menyumbang kepada ekonomi negara,'' katanya.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza yang tidak menyangka mendapat pengiktirafan seumpama itu berkata, penganugerahan tersebut berbeza dengan apa diperoleh sebelum ini dalam bidang muzik.

Katanya, penganugerahan itu bukan sekadar pengiktirafan ke atasnya secara peribadi malah ia adalah untuk industri hiburan negara secara keseluruhan.

``Penganugerahan itu amat bernilai dan ia dari sudut yang berbeza (bidang akademik) berbanding sebelum ini (anugerah dari bidang hiburan),'' katanya.

Sementara itu, dunia akademik tertarik untuk menjadikan Siti Nurhaliza sebagai bahan kajian mengenai `pendekatan membina jenama'.

Penyanyi itu berjaya membina jenamanya sendiri disebabkan kesederhanaan dan kemampuannya mengekalkan jati diri gadis Melayu yang patut dicontohi.

Ia diakui oleh Prof. Dr. Fauziah Md. Taib pada forum bertajuk ``Peletak dan Strategi dan Jenama Diva: Kajian Kes Siti Nurhaliza'' di sini hari ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan (PPP) Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berkata, Siti Nurhaliza perlu peka dengan persekitaran jika mahu jenamanya berpanjangan.

``Siti wajar mengambil pendekatan Oprah Winfrey dalam `Talk Show' yang menyentuh pelbagai isu termasuk kemiskinan, sosial, politik dan wanita yang menyentuh perasaan penonton dari seluruh dunia.

``Apabila orang menyebut Ronaldo, orang akan ingat dia sebagai pemain bola sepak dan penyerang berbahaya.

``Begitu juga Siti Nurhaliza, apabila menyebut namanya, orang akan ingat dia diva nombor 1,'' katanya.

Forum tersebut dipengerusikan oleh Prof. Daing Nasir. Dua lagi ahli panel ialah pensyarah di fakulti yang sama iaitu Shahidan Shafie dan Prof. Dr. Ellisha Nasruddin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.