saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/07/2005

Aktifkan ke dunia baru Siti

BANYAK yang tertanya-tanya sebelum ini ke mana penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza menghilangkan diri. Tiba-tiba saja, Siti sepi dari dunia hiburan tanah air. Tiada langsung berita tentangnya bermain di media.

Itu penangannya untuk artis semasyhur Siti Nurhaliza kerana sekejap saja tiada kelibat sudah terasa kehilangan. Siti sebenarnya dalam diam-diam itu berisi kerana walaupun kelihatan sepi ia tidak bermaksud Siti vakum daripada aktivitinya sebagai artis.

Barangkali ramai yang tahu Siti sibuk dengan pelbagai konsert di luar negara dan terbaru di Singapura.

``Sebenarnya Siti tidak ke mana masih di sini lagi. Mana lagi Siti nak pergi? Mungkin Siti agak kurang muncul di media kerana sibuk dengan latihan bernyanyi,'' jelas Siti.

Pada situasi lain, Siti sibuk menyiapkan iklan televisyen terbarunya bersama Hotlink. Aktifkan Ke Dunia Baru, itu temanya dan tunggu sehingga anda menonton iklan tersebut di kaca televisyen kelak, Siti dan Hotlink tentu akan mengagumkan anda.

Iklan televisyen tersebut dibikin dengan inspirasi daripada filem aksi berbaur dramatik ala Hollywood. Ada adegan kejar-mengejar hingga ke konsert.

Plotnya, Siti berperanan seperti bintang terkenal yang cuba melarikan diri daripada sekumpulan paparazzi. Dan perhatikan bagaimana Siti menggunakan servis Hotlink terbaru 3G itu untuk melepaskan diri.

Lebih menarik, untuk bergandingan dengan Siti, pihak iklan tersebut turut menjemput pelakon lelaki yang meningkat nama, Farid Kamil sebagai bakat baru mereka.

Iklan berdurasi 40 saat itu dibikin dalam tiga episod iaitu babak Siti dan rakan-rakan melepak di sebuah kafe, kemudian dikejar paparazzi dan seterusnya konsert.

``Ia adalah satu pengalaman baru yang menarik. Sejak diberikan storyboard tentang iklan itu ia sudah kedengaran cukup menarik dan Siti memang tidak sabar-sabar lagi untuk melakukannya,'' kata Siti dalam satu panggilan video secara eksklusif dari Singapura yang berlangsung di Menara Maxis Kuala Lumpur baru-baru.

Persidangan video yang membolehkan pemanggil berbual secara bersemuka itu adalah salah satu servis yang ditawarkan oleh Hotlink melalui Maxis3G itu.

- Pengalaman baru Siti

Menurut Siti, membabitkan diri dengan iklan tersebut juga memberikan banyak pengalaman baru lain. Dalam versi iklan bahasa Mandarin, Siti perlu bertutur dalam bahasa itu dengan baik.

``Kalau menyanyi lebih mudah tetapi bila bertutur Siti kena betul-betul sebut satu-satu perkataan itu kerana cara sebutan agak berbeza. Jadi Siti sempat belajar beberapa perkataan,'' katanya yang sibuk menjalani latihan untuk konsert di Singapura ketika temu bual eksklusif itu berlangsung.

Untuk babak konsert itu juga Siti harus memetik gitar dan Maxis sebenarnya mengundang guru muzik khas untuk Siti.

``Maxis tidak mahu Siti berlakon saja dan memetik tidak mengikut not yang salah. Siti dapat belajar petik gitar dengan betul dan mengenali beberapa not untuk memetik gitar,'' tambahnya lagi.

- Jangan gosip Siti dan Farid

Siti tentunya sudah dapat mengagak sejurus iklan itu ke udara kelak ramai yang akan memberi pertanyaan tentang gandingannya dengan Farid.

Apatah lagi kedua-duanya nampak cukup serasi. Hubungan yang digambarkan dalam iklan tersebut, kata Siti, lebih kepada persahabatan.

``Dalam iklan ini Farid adalah kawan baik Siti. Siti ingin jelaskan awal-awal sebelum hal lain timbul. Memang yang ketara di iklan tersebut sebuah persahabatan yang akrab.

``Itu mesej di sebalik iklan tersebut menghubungkan persahabatan dan kekeluargaan. Jadi janganlah timbul kisah yang lain pula,'' harap Siti.

Farid menjadi pilihan utama dalam iklan tersebut kerana latar belakangnya sebagai pelakon.

- Maxis3G banyak kegunaannya

Sebagai duta Hotlink tentunya Siti tidak mahu ketinggalan daripada menggunakan servis Maxis3G Hotlink yang menarik itu.

``Siti sudah menggunakan servis itu sejak ia dilancarkan dan sungguh penting. Servis yang paling Siti suka adalah panggilan video untuk berhubung dengan keluarga. Ia juga menyelesaikan masalah seperti membuat spotcheck di pejabat tengok staf buat kerja ke tidak.

``Siti harap pengguna akan mendapatkan servis terbaru itu dan menggunakan ia dengan cara terbaik,'' syor Siti.

Menurut Pengurus Besar dan Ketua Pemasaran Prabayar, Chee Loo Fun, servis Maxis3G yang ditawarkan adalah platform kepada pelanggan Hotlink untuk mengaktifkan diri ke dunia baru.

``Ia menjadikan komunikasi dengan cara yang lebih sempurna dan menyeronokkan,'' kata Chee.

Idea di sebalik iklan tersebut juga, kata Chee adalah untuk menerangkan betapa mudah dan berfaedah untuk menggunakan servis 3G.

``Dalam iklan televisyen tersebut, duta Hotlink itu dan beberapa pelakon terbabit menggunakan pelbagai servis menarik yang ditawarkan oleh Maxis3G daripada permainan video, mesej video, panggilan video dan maklumat trafik.

``Mesej yang ingin disampaikan adalah begitu mudah sekali untuk mengaktifkan diri anda ke dunia baru dengan servis Maxis3G,'' katanya.

Dengan menayangkan bagaimana Siti dan rakan mempergunakan servis 3G itu, iklan tersebut juga cuba memberi penekanan bagaimana 3G mampu menjadikan hidup anda lebih mudah walaupun di saat-saat hidup dihimpit masalah, tambahnya.

Kata Chee, mereka menjangkakan servis 3G itu akan menjadi salah satu keperluan ramai dalam masa terdekat ini.

- Siti yang profesional

Menurut Mohamad Shah, Pengarah Kreatif BBDO Malaysia yang bertindak sebagai pembikin iklan tersebut, mereka berusaha mencipta 3G sebagai peralatan sosial dalam usaha untuk menyatukan perhubungan sesama sendiri.

``Kami cuba sampaikan mesej melalui iklan tersebut tentang kegunaan servis 3G yang cukup menyenangkan. Ia juga bertindak sebagai penyelesai masalah di samping menjadikan kehidupan lebih menyeronokkan.

``Kami berusaha menyampaikan nilai hidup kekeluargaan dan persahabatan dengan baik,'' katanya.

Pada babak pertama, kata Shah, Siti melepak bersama kawan-kawan di sebuah kafe dan menggunakan permainan video.

Pada adegan kedua melibatkan aksi Siti dan kawan-kawan melarikan diri daripada paparazzi dengan menggunakan servis 3G untuk melihatkan laporan trafik dan mesej video.

Untuk konsert pula mereka menggunakan panggilan video bersemuka.

Bercerita tentang pengalaman kata Shah, ia cukup memudahkan apatah lagi dengan kerjasama daripada Siti dan pelakon lain.

``Sebagai contoh untuk babak ketiga iaitu konsert, kami mengambil masa 12 jam dari lewat petang hingga awal pagi untuk merakamkan adegan tersebut.

``Siti seorang artis dan pelakon yang profesional dan senang untuk bekerjasama,'' kata Shah.

Perancangan iklan tersebut, kata Shah, dibuat pada awal tahun ini dan mengambil masa empat hari untuk penggambaran. Lokasi dalam iklan tersebut mengambil tempat di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Selain daripada iklan televisyen, turut ditampilkan adalah muzik video lagu daripada iklan tersebut iaitu Aktifkan Ke Dunia Baru.

Dengan servis 3G, pelanggan sebenarnya boleh memuat turun muzik video atau nada dering lagu tersebut ke dalam telefon mereka.

Sementara itu trailer iklan tersebut yang berdurasi 60 saat akan ditayangkan mulai hari ini di saluran Astro, TV3 dan 8TV.

Sementara episod pertama iklan akan ke udara pada 1 Ogos seterusnya diikuti dengan episod kedua pada 8 Ogos. Pada 15 Ogos peminat berpeluang menonton episod terakhir iklan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.