saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/07/2005

90 peratus sekolah layari laman lucah

KUALA LUMPUR 26 Julai - Satu kajian menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 kanak-kanak dan remaja berusia antara lapan dan 16 tahun melayari laman web lucah dan kebanyakannya secara tidak sengaja semasa mencari maklumat berkaitan kerja sekolah.

Laporan pada tahun 2000 itu menunjukkan kebanyakan laman web terbabit berselindung di sebalik penggunaan nama yang `bersih' daripada unsur kelucahan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis ketika mendedahkan perkara itu berkata, berdasarkan laporan Barisan Bertindak Pencegahan Penderaan Seks Kanak-Kanak (MCPCSA), terdapat kira-kira 1.5 juta laman web lucah dan 74 peratus daripadanya adalah berselindung di sebalik nama `bersih' daripada unsur kelucahan.

Beliau memberi contoh nama-nama seperti Pokemon, My Little Pony atau Action Man adalah contoh 26 laman web yang mengandungi ratusan sambungan kepada web lucah.

``Yang lebih membimbangkan ialah (kesan daripadanya) menyebabkan peningkatan jenayah seksual membabitkan remaja yang dikenali semasa bersembang menerusi Internet,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Program Penggunaan Internet Secara Positif dan Kempen Internet CA Kidsafe di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), kementerian berkenaan, Alihan Abdul Hamid.

Turut hadir, Pengarah Urusan Computer Associates (CA) International Asia Selatan, Piti Pramotedham.

Menurut beliau, walaupun statistik mengenai penyalahgunaan dan kesan negatif Internet masih kurang tetapi satu kajian di Amerika Syarikat pada tahun lepas menunjukkan bahawa 75 peratus jenayah seksual melibatkan remaja berumur antara 13 dan 15 tahun.

Kata beliau, rumah merupakan kawasan selamat untuk kanak-kanak tetapi dengan akses Internet yang meningkat, ia merupakan satu risiko golongan tersebut terdedah kepada ancaman siber.

Jamaludin berkata, menurut Internet World Statistics, terdapat lebih 9.5 juta pengguna Internet di negara ini atau 35.9 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk.

Kata beliau, kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran telah melancarkan pelan bersepadu lima tahun Teknologi Tanpa Wayar pada April lalu yang bertujuan meningkatkan pendidikan mencapai taraf dunia.

Menerusi program tersebut, kerajaan akan melengkapkan 2000 sekolah di seluruh negara dengan teknologi tanpa wayar menjelang tahun depan.

``Ini bermakna, kanak-kanak negara ini akan mudah akses kepada Internet,'' ujarnya.

Bagaimanapun kata beliau, ibu bapa perlu bertindak sebagai pemantau dan memberi garis panduan kepada anak-anak mereka supaya tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Kerajaan katanya, mempunyai dasar dan polisi dalam penggunaan Internet dan undang-undang berkaitan untuk dikuatkuasakan seperti Kanun Keseksaan, Akta Penapisan Filem dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, semua lapisan rakyat memainkan peranan dalam membudayakan penggunaan Internet secara positif dan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata.

Perkara tersebut kata beliau, merupakan satu cabaran jangka panjang dan ia selari dengan pembangunan `perisian sosial' iaitu perubahan minda dan pembinaan nilai-nilai yang baik serta beretika.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.