saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/07/2005

Ruffedge - Geram pada Jaclyn Victor


DEK `geram' melihat cara Jaclyn Victor menyanyi maka kumpulan Ruffedge mengambil keputusan mengundangnya menyanyi bersama mereka dalam album terbaru, Ruffera.

Menerusi album ketiga itu, setiap anggota Ruffedge berkesempatan bersaing vokal dengan juara Malaysian Idol tersebut menerusi lagu Kerinduan ciptaan Amer yang menampilkan elemen ballad.

Menurut Azan, sudah beberapa kali mereka berpeluang mengadakan persembahan bersama penyanyi tersebut. Setiap kali melihat Jac menyanyi, pasti perasaan `geram' timbul.

``Kami memang geram tengok dia menyanyi dengan selamba dan lepas itu boleh tarik tinggi pula. Sebab itulah kami kata, kalau dapat beradu vokal dengan dia mesti best.

``Kebetulan bila kami melamar Jac, tidak ada masalah. Menyanyi dengan Jac memang menarik sebab dia mesra. Dia juga terkejut tengok Zain boleh tarik suara tinggi dan begitu juga Amer yang boleh buat nada tinggi. Apa pun bila lagu itu siap ternyata gabungan vokal Jac dengan Ruffedge ada keserasian,''cerita Azan sewaktu majlis pradengar album Ruffedge baru-baru ini.

Album yang memuatkan 12 buah lagu dan lapan daripadanya menampilkan artis undangan itu akan berada di pasaran mulai hujung bulan ini.

Tambah Catt pula, ini bukanlah kali pertama mereka mengundang rakan-rakan artis lain. Dalam album terdahulu pun beberapa rakan artis turut diundang cuma tidak diketengahkan.

Lain-lain teman artis yang turut menjayakan album ini ialah J-Soopa (Bergelora), Mohar dari Mohram (Buat Kamu), Kombatt dari Kugiran Tepi Pantai (Da'Bomb), Genervie (Lemas), Noraniza Idris & Sedozen (Onjak Sekaki), Bandi Amuk (Membebel) dan Protege Mentor (Untuk Mama).

Lagu-lagu lain ialah Kerna, Secebis Kepercayaan dan Lelaki. Sementara lagu D'Bomb merupakan single pertama daripada album Ruffera.

Menyentuh mengenai pembabitan Noraniza Idris, Catt berkata semuanya tercetus sewaktu dia dan penyanyi tersebut bergandingan dalam program Mentor.

``Kami memang nak bekerja sama dengan penyanyi irama etnik. Setakat ini yang kami nampak adalah Noraniza dan dia pun tidak menolak bila saya usulkan. Lagu Onjak Sekaki menampilkan irama inang gabungan hip hop,''katanya.

Hussein diterima

Syed Hussein yang sebelum ini popular menerusi sitkom Spanar Jaya mengaku sepanjang rakaman album dia tidak menghadapi masalah dengan anggota Ruffedge yang lain.

Hussein menjadi anggota Ruffedge menggantikan Mode yang kini menumpukan perhatian pada kerjaya baru sebagai arkitek.

Kata Hussein, sebelum ini pun dia sudah biasa dengan rakaman sewaktu bersama kumpulan M.O.B dulu.

``Dalam studio tidak ada masalah, saya cuba pelajari cara interaksi sewaktu di pentas sahaja sebab persefahaman perlu ada. Mula-mula dulu kekok juga tapi sekarang saya sudah dapat ikuti gaya Ruffedge,''katanya.

Malah kehadiran Hussein juga diterima dengan hati terbuka oleh kesemua anggota Ruffedge.

Filem Tipah Tertipu

Kesemua anggota Ruffedge berkata mereka seronok berpeluang berlakon filem Tipah Tertipu The Movie arahan Ahmad Idham, terbitan Excellent Pictures.

Setiap daripada mereka melakonkan watak yang berbeza daripada karakter sebenar. Azan berlakon sebagai arkitek, Zain sebagai tauke kontrak, Hussein sebagai anak tauke karpet, Amer sering beraksi sebagai guru dan Catt pula berlagak kaya.

``Filem ini menonjolkan persahabatan lima lelaki. Cerita ini digarapkan dalam bentuk filem muzikal, ala filem Grease itu. Kalau ikut perancangan, filem ini akan berada di pawagam pada April 2006,''kata Catt.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.