saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/08/2005

Julie's - Selamatkan Castello


Dari kiri: Bohari Rahmat, Rosyam Nor dan ketua pegawai eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Muhamad semasa pelancaran Biskut Julie's Castello di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.



SEWAKTU ingin menerbitkan filem Castello, hati Rosyam Nor sentiasa diburu kebimbangan.Dalam fikirannya sering mencongak di manakah dia akan mendapat wang yang banyak untuk merealisasikan impiannya itu.

Sebagai orang baru dalam dunia penerbitan filem, Rosyam memerlukan modal RM1.2 juta bagi memastikan filem sulung keluaran Suhan Movies & Trading berjaya dilaksanakan.

Memang dia menerima dana Finas sebanyak RM400,000. Namun wang sebanyak itu tidak mencukupi untuk dia dan Badaruddin Azmi (Bade), rakan kongsi dan pengarah Castello menggarap sebuah filem aksi.

Maka Rosyam bertemu dengan beberapa pihak, meminta bantuan. Namun tidak satu pun yang memberikan jawapan meyakinkan.

Bagaimanapun bila bertemu dengan Pengarah Syarikat Julie's Promotion Sdn. Bhd., Bohari Rahmat, masalah itu segera diatasi.

``Saya bersyukur kerana pihak Julie's tidak tanya banyak. Sebaliknya mereka terus bersetuju membantu saya. Sekarang ini Julie's yang menaja penuh pembiayaan Castello,'' kata Rosyam pada sidang akhbar menanda tangani perjanjian perlantikannya sebagai duta dan pelancaran Biskut Julie's Castello di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut dilancar pada majlis tersebut ialah Biskut Castello Mentega Kacang (Peanut Butter), Biskut Castello Bersalut Coklat (Choc And Roll) dan Biskut Castello Campuran (Asorted Biscuit).

Ikon baru

Menurut Rosyam, Castello memberi makna besar dalam hidupnya. Castello merupakan lakonannya sewaktu berlakon filem Gerak Khas arahan Datuk Yusuf Haslam.

Bermula dari situ, dia berazam untuk mengembangkan lagi watak Castello. Lalu dia meminta izin daripada Yusuf untuk menggunakan nama Castello bagi filem pertama terbitan syarikatnya.

Rosyam juga berharap nama Castello dapat menjadi ikon baru dalam industri perfileman tanah air seperti mana jenama Rambo.

``Saya harap Castello dapat menggemblengkan lagi industri perfileman kita dan di waktu yang sama nama itu juga menjadi ikon dalam bidang perniagaan,'' kata Rosyam yang menandatangani kontrak selama setahun sebagai duta biskut Julie's.

Tanda penghargaan

Sementara itu menurut Bohari, pemilihan Rosyam sebagai duta Julie's adalah sebagai tanda penghargaan pihaknya terhadap perjuangan anak seni.

Katanya, berdasarkan perjalanan seni Rosyam yang mempunyai motivasi yang tinggi dan bersemangat kental itu telah memikat hatinya.

Malah pemilihan Rosyam adalah bertepatan dengan objektif Biskut Julie's untuk membina pengaruh yang lebih meluas di kalangan masyarakat penggunanya.

``Tujuan kami melibatkan diri dalam drama atau filem adalah untuk sama-sama bergandingan dengan anak seni bagi memartabatkan industri perfileman tempatan.

``Selain itu pembabitan kami juga sebagai tanda terima kasih kepada pembeli bangsa Melayu yang sering menjadikan biskut keluaran Julie's sebagai pilihan utama,'' katanya.

Tegasnya ini adalah perkongsian bijak sebuah syarikat perniagaan yang bukan berteraskan artis tetapi mempunyai komitmen dan hasrat yang amat besar untuk sama-sama membantu kejayaan medium seni tempatan.

Justeru itu, setiap kotak biskut berjenama Castello akan disertakan gambar-gambar pelakon-pelakon filem Castello seperti Rosyam Nor, Erra Fazira, Zain Ruffedge, Que Haidar, Liyana Jasmay dan M.Rajoli.

Dengan setiap kad gambar pelakon-pelakon Castello itu, penggemar biskut Julie's berpeluang menyertai kuiz SMS untuk memungut markah yang berbeza.

Jika mereka berjaya mengumpul markah tertinggi maka, mereka berpeluang untuk menikmati hadiah menarik termasuk wang tunai dan beberapa hadiah lain yang kesemuanya bernilai RM100,000.

Fakta tentang Castello

_ Filem Castello dijangka menemui penonton di pawagam pada penghujung tahun ini.

_ Watak Castello mula diperkenal sewaktu Rosyam melakonkannya dalam filem Gerak Khas.

_ Rosyam membuat surat permohonan pada pengarah Yusuf Haslam untuk menggunakan nama Castello bagi filem pertama terbitan syarikatnya itu.

_ Castello menampilkan filem aksi yang turut memuatkan babak penggunaan jet ski di sungai Kelang.

_ Intipati cerita Castello berkisar tentang pembasmian penggunaan dadah di kalangan remaja selaras dengan kempen kerajaan.

_ Wajah Rosyam sebagai duta Julie's akan terpampang di 15 buah papan iklan di seluruh negara.

_ Rosyam bercadang untuk menghasilkan sekuel filem yang menggunakan nama Castello. Malah dia juga berharap Castello dapat dijadikan siri televisyen dan seterusnya siri kartun.

Sinopsis Castello

Castello membawa kisah mengenai Solo (Zain Ruffedge), remaja yang dibesarkan di Sungai Golok. Solo berkahwin dengan seorang gadis Thai bernama Chalita (Noreminadiya). Disaat Chalita hamil, Solo mula menjalankan kegiatan sebagai pengedar dadah untuk menjadikan kehidupan keluarganya lebih mewah.

Tapi Solo tertangkap dan dia dipenjara selama 20 tahun. Di dalam penjara, dia dikenali sebagai Castello (Rosyam Nor).

Keluar dari penjara, Castello cuba mengesan semula isteri dan anaknya. Tapi dia kecewa bila mengetahui, anak gadisnya Pim (Liyana Jasmay) telah men-jadi penagih dadah.

Castello berusaha untuk menyelamatkan Pim yang tidak menyedari bahawa Castello adalah bapanya. Satu hari Castello merampas duit Pim sewaktu gadis itu sedang berurusan untuk membeli dadah. Kerana terlalu ketagih, diluar kesedaran Castello, Pim telah bertemu dengan pengedar dadah dan menceritakan masalah kewangannya.

Si pengedar berlagak baik dan memberi Pim dadah yang diperlukannya. Tapi disaat Pim sedang khayal, dia dirogol oleh konco-konco pengedar itu sebagai bayaran hutangnya kepada pengedar tersebut.

Castello `naik gila' sebaik mengetahui kemusnahan hidup Pim. Dia berazam untuk membalas dendam. Tapi di saat sedang bergelut menuntut bela maruah anaknya yang telah tergadai, Chalita (isteri Castello) telah dibunuh oleh konco-konco pengedar itu.

Tentu saja Castello menjadi bertambah marah dan dia bertindak lebih gila. Namun mampukah Castello berhadapan dengan pengedar profesional itu?

Selain Rosyam, Zain Ruffedge, Noreminadiya dan Liyana Jasmay, Castello turut dijayakan oleh Erra Fazira sebagai isteri Castello setelah keluar penjara, Que Haidar, Zack Taipan dan ramai lagi pelakon popular.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.