saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/08/2005

Loh tetap bertanding Timbalan Ketua Pemuda MCA

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Setiausaha Agung Pemuda MCA Loh Seng Kok tidak akan mengubah pendiriannya untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda walaupun terpaksa berdepan dengan anak bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik pada pemilihan pergerakan itu 19 Ogos ini.

Beliau menolak spekulasi kononnya beliau akan beralih ke jawatan Ketua Pemuda berikutan pengumuman Hee Leong, anak Tun Dr Ling, minggu lepas untuk merebut jawatan nombor dua dalam pergerakan itu.

Loh, Anggota Parlimen Kelana Jaya, pernah menjadi setiausaha sulit dan kemudian setiausaha politik kepada Tun Dr Ling semasa bekas presiden itu menjadi Menteri Pengangkutan.

``Saya tidak mengubah fikiran saya dan tidak mungkin untuk berbuat demikian pada masa akan datang,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

``Ada orang cuba menyebarkan khabar angin untuk menimbulkan kesangsian. Saya harap pihak media tidak mempercayai perkara sebegini,'' katanya.

Penyandang Ketua Pemuda Datuk Ong Tee Keat sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden parti.

Selain Loh dan Hee Liong, dua lagi calon akan merebut jawatan Timbalan Ketua Pemuda iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Datuk Liew Yuen Keong dan anggota jawatankuasa pusat Pemuda Simon Lim. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.