saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/08/2005

Kad kuasa ciri keselamatan terkini PDRM

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakar sejarah dengan memperkenalkan kad kuasa baru dengan ciri keselamatan terkini kepada 97,000 pegawai dan anggotanya di seluruh negara, bermula hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Omar berkata, dokumen yang bersaiz kad kredit itu akan menggantikan kad kuasa lama yang digunakan oleh pegawai dan anggota PDRM sejak 198 tahun lalu seperti termaktub di bawah Seksyen 14 Akta Polis 1967.

``Pengenalan kad kuasa baru dibuat sejajar dengan perkembangan zaman.

``Kad kuasa yang dipakai sejak saya mula masuk polis (lebih 35 tahun) tidak sesuai lagi memandangkan ia hanya disalut (laminate) dengan plastik.

``Ia kurang ciri keselamatan dan mudah dipalsukan,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kad kuasa baru PDRM di Bukit Aman, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Bakri, semua pegawai dan anggota PDRM akan memperoleh kad kuasa yang dibangunkan oleh Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd. tersebut secara berperingkat bermula hari ini.

``Kita jangkakan pada 1 Januari 2006, kad kuasa ini akan digunakan sepenuhnya oleh semua pegawai dan anggota PDRM,'' katanya.

Dokumen yang bersaiz kad kredit itu direka dengan ciri keselamatan terkini bagi mengelak pemalsuan atau pemindaan maklumat.

Antara ciri keselamatan tersebut ialah;

pi9017 Reka bentuk jalinan corak lebih dari satu warna dan garisan yang sukar ditiru.

pi9017 Elemen berbentuk tulisan halus bersaiz 1 point yang hanya boleh dilihat dengan jelas di bawah kanta pembesaran.

pi9017 Imej berbentuk garisan lurus yang membentuk aksara PDRM.

pi9017 Imej tambahan pada depan kad kuasa menggunakan dakwat fluoresen limunan yang hanya boleh dilihat di bawah cahaya ultra ungu.

Bagi kalangan pegawai kanan polis, kad kuasa yang dikeluarkan akan menggunakan warna asas biru.

Anggota pangkat rendah menggunakan warna kuning, diikuti konstabel tambahan (ungu) dan polis bantuan (kelabu).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.