saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 10/08/2005

Darurat mungkin diisytihar -- Sekiranya kawasan dilanda jerebu bertambah serius


PESAWAT MAS yang turut dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pulang dari Los Angeles, Amerika Syarikat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam suasana berjerebu. Gambar ini dirakamkan pada pukul 12 tengah hari semalam. - Gambar Saiful Bahari Ashari.



KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kerajaan kemungkinan mengisytiharkan darurat ke atas kawasan-kawasan yang teruk dilanda jerebu sekiranya keadaan itu bertambah serius.

Antara tindakan yang mungkin perlu diambil adalah menutup sekolah-sekolah dan mengehadkan waktu bekerja untuk mengurangkan pendedahan orang ramai kepada pencemaran itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem berkata, pengisytiharan sedemikian hanya akan dibuat jika tahap kualiti udara di kawasan-kawasan berkenaan mencapai ke paras kritikal atau berbahaya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Indeks Pencemaran Udara (IPU) belum mencapai ke paras itu. Ia mencatatkan paras tidak sihat.

IPU diukur secara: 0-50 Baik, 51-100 Sederhana, 101-200 Tidak Sihat, 201-300 Sangat Tidak Sihat dan 301-500 Berbahaya.

Sarawak merupakan negeri pertama di negara ini yang pernah diisytiharkan darurat jerebu iaitu pada 19 September 1997 apabila IPUnya mencatatkan angka melebihi 650 - paras ``Berbahaya'' paling tinggi dalam sejarah.

Serentak dengan perkembangan itu, kesemua pejabat kerajaan dan swasta, serta lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan, kuari dan sekolah di negeri itu diperintahkan ditutup serta-merta.

Hanya yang dibenarkan dibuka ialah kedai makan, pasar raya, farmasi, klinik dan hospital. Perkhidmatan pengangkutan awam turut dibenarkan beroperasi, manakala kenderaan-kenderaan persendirian dihadkan pergerakan.

Hari ini, IPU di lapan kawasan iaitu Ipoh, Seri Manjung, Tanjung Malim, Petaling Jaya, Kuala Selangor, Nilai, Seremban dan ibu kota berada pada paras bacaan melebihi 100 yang merangkumi status tidak sihat.

``Apa yang kita lihat hanyalah penurunan kualiti udara dari sederhana ke tahap tidak sihat dan kita masih lagi berada pada zon yang selesa.

``Namun, kita akan memantau keadaan jerebu dengan rapi dan jika keadaan bertambah teruk, kita mungkin perlu melakukannya (melaksanakan tindakan drastik) selepas membincangkan hal ini di dengan Kabinet,'' kata Adenan pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kawalan Asap Kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan mengisytiharkan darurat ke atas kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang yang mengalami kemerosotan status kualiti udara dan jarak penglihatan sejak beberapa hari lalu.

Keadaan ini dipercayai berpunca daripada peningkatan beban pencemaran merentasi sempadan dari kawasan kebakaran di Sumatera ke Semenanjung di bawah pengaruh angin monsun barat daya.

Kesan pencemaran ini dijangka berlarutan beberapa hari lagi ekoran cuaca kering di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, wakil Utusan Malaysia di JAKARTA, ZULKIFLI HAMZAH melaporkan Badan Meteorologi Medan mengesan 333 titik panas di Wilayah Sumatera Utara bulan ini.

Pembakaran ladang dikesan semakin menjadi-jadi.

Di Pekan Baru pula, dilaporkan ribuan hektar tanah gambut terus terbakar sekali gus memburukkan lagi keadaan.

Pembakaran yang mereka lakukan itu sebagai persiapan untuk kerja-kerja menanam semula kelapa sawit.

Ketua Badan Pengendali Kesan Alam Sekitar Riau, Chairul Zainal berkata, usaha untuk memadamkan api terus giat dijalankan.

Bagaimanapun, halangan utama ialah kesukaran pasukan pemadam untuk sampai ke lokasi.

Dalam hal ini, Adenan memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh Menteri Alam Sekitar Indonesia bahawa mereka sedang melakukan yang terbaik untuk menghentikan kebakaran-kebakaran di kawasan itu.

Apabila ditanya tentang langkah pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu, beliau berkata, ia mungkin wajar dilakukan jika keadaan bertambah teruk namun keberkesanannya tidak begitu baik.

``Langkah ini yang jatuh di bawah tanggungjawab Jabatan Meteorologi sebenarnya tidak akan banyak membantu dalam situasi ini kerana keadaan jerebu kita berpunca daripada kebakaran di negara jiran.

``Jadi, ia akan menghasilkan hujan di sini dan membantu pada jangka masa yang pendek sahaja,'' jelasnya.

Adenan memberitahu, beliau akan membincangkan Kabinet nanti mengenai cadangan untuk JAS mendedahkan IPU kepada orang ramai.

Buat masa ini maklumat mengenai IPU tidak didedahkan kepada orang ramai kerana ia terletak di bawah Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Jabatan Perdana Menteri dan hanya boleh diumumkan oleh menteri berkenaan.

Adenan berkata, pihaknya juga akan turut mengambil kira kesan pencemaran ini ke atas kesihatan orang ramai dalam jangka masa panjang dengan mendapatkan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.