saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 10/08/2005

Sekolah terjejas teruk jerebu dibenar tutup

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Semua sekolah yang terletak di kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu dibenarkan menutup sesi persekolahan atas budi bicara pengetua dan guru besar masing-masing.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi kebenaran kepada semua pengetua dan guru besar membuat keputusan tersebut dan setiap cuti mesti diganti pada sesi lain.

Menurutnya, pihak sekolah boleh mengadakan perbincangan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menentukan langkah-langkah yang perlu diambil berikutan jerebu yang teruk melanda khususnya di kawasan Lembah Klang.

``Saya serahkan kepada kepimpinan sekolah untuk membuat keputusan dan mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

``Tiga aspek yang perlu diambil kira oleh pentadbiran sekolah ialah kesihatan, keselamatan dan suasana persekitaran sekolah, mereka jangan teragak-agak membuat keputusan,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Sumber Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak di sini hari ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengisytiharkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

Malah seluruh Selangor hari ini dilanda jerebu yang tebal dengan bacaan indeks tahap kualiti udara di semua stesen telah sampai ke tahap tidak sihat kecuali di Stesen Gombak.

Larangan itu bagaimanapun dikecualikan bagi pembakaran mayat; pembakaran bagi upacara agama dan gril atau barbeku.

Ketua Pengarah JAS, Datuk Rosnani Ibarahim berkata, langkah itu dibuat mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001.

Katanya, mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Hishammuddin berkata, mana-mana sekolah yang mahu menangguhkan sesi persekolahan perlu memaklumkannya terlebih dahulu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Dalam pada itu, beliau berkata, soal jerebu itu tidak sepatutnya menjadi masalah kepada pentadbiran sekolah membuat sebarang keputusan mengenainya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.