saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 15/08/2005

Kontrak sosial: Kenyataan Keng Yaik bercanggah Perlembagaan Persekutuan


KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang mempertikai kontrak sosial antara kaum sebagai menentang Perlembagaan Persekutuan.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai menteri kanan dan pemimpin parti anggota komponen Barisan Nasional (BN), Keng Yaik perlu lebih rasional.

``Kita amat kesal kerana beliau (Keng Yaik) tidak sepatutnya membuat kenyataan yang mempertikai apa yang sudah jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairy diminta mengulas kenyataan Keng Yaik yang juga Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi semalam mendakwa formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.

Keng Yaik berkata, oleh itu perubahan paradigma diperlukan memandangkan perkongsian kuasa sekarang tidak berasaskan kepada perkongsian sebenar.

Tambahnya, parti-parti politik perlu mengkaji semula kaitan dan kesan dasar-dasar berdasarkan pendekatan berpaksikan kaum.

Presiden Gerakan itu bagaimanapun hari ini menegaskan beliau tidak pernah meminta parti-parti politik melupakan kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.

``Saya bukan minta tukar kontrak sosial yang sudah dibuat. Kontrak sosial yang digubal lebih 40 tahun dahulu telah melalui proses yang dinamik,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan di sini.

Khairy seterusnya berkata, Keng Yaik perlu menghentikan kenyataan terbuka yang membabitkan perkauman.

Di KUALA TERENGGANU, Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Ahmad Shabery Cheek pula menegaskan, Gerakan tidak akan berpeluang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang sekiranya UMNO dan orang Melayu melupakan formula kontrak sosial antara kaum.

Tegas beliau, sikap toleransi UMNO terhadap kaum lain selama ini membuka peluang terlalu lama kepada Gerakan meletakkan pemimpinnya sebagai Ketua Menteri di negeri berkenaan.

Malah, katanya, pelantikan beberapa pemimpin parti itu dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan turut dipengaruhi oleh sikap UMNO dan orang Melayu yang menghormati semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN).

``Kita tidak mahu mengungkit tetapi kontrak sosial jangan hanya dilihat dari sudut sosial dan ekonomi semata-mata, tetapi juga dari segi pemilikan kuasa dan politik,'' katanya.

Ahmad Shabery berkata, Keng Yaik perlu menghargai bagaimana UMNO sanggup melepaskan peluang menerajui kerajaan Pulau Pinang walaupun menang 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pada pilihan raya umum 1990 manakala Gerakan hanya menang tujuh kerusi DUN.

``Sekiranya UMNO tamak, ia boleh menggunakan peluang tersebut tetapi peluang itu dilepaskan kerana menghormati formula kontrak sosial,'' katanya yang juga ahli Parlimen Kemaman.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.