saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 15/08/2005

Hishammuddin beri amaran jangan ungkit isu kontrak sosial

PETALING JAYA 15 Ogos - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak lagi mengungkit atau mempertikai kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, kontrak sosial itu jangan diungkit lagi kerana ia telah pun dipersetujui, dihayati dan difahami serta termaktub dalam perlembagaan negara.

"Bagi saya perkara itu tidak perlu digembar-gemburkan lagi.

"Kita dalam Pemuda UMNO akan mempertahan sesuatu yang telah pun difahami, dipersetujui dan telah pun diwarisi," katanya.

Hishammuddin menegaskan demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan "Program Penajaan Sekolah The New Straits Times" di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar tempatan semalam, yang memetik Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik sebagai meminta parti politik agar melupakan formula kontrak sosial yang telah dipersetujui semua kaum di negara ini ketika negara mencapai kemerdekaan 48 tahun lepas.

Menurut laporan itu, Dr Lim kononnya telah menegaskan formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India berkecil hati.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata, penjelasan berhubung perkara itu telah dibuat oleh Dr Lim hari ini dan beliau sekali gus menafikan membuat kenyataan seperti itu.

"Seperti dengan penjelasan Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, yang dijelaskan tadi, maka saya harap perkara ini tidak akan berterusan kerana agak pelik ia dibangkit sekarang ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, perbincangan yang mempunyai hubung kait dengan masa depan bersama akan diteruskan melalui saluran sedia ada seperti bengkel dan perbincangan meja bulat, yang telah dipersetujui antara parti-parti komponen BN melalui beberapa siri mesyuaratnya.

"Kita mahu perbincangan diteruskan secara matang dan rasional supaya isu ini tidak berkisar kepada isu perkauman dan tidak harus dijadikan satu perkara yang membelenggu kita untuk melihat ke hadapan kerana perbincangan itu merupakan agenda nasional serta agenda bersama," katanya.

Beliau mahu generasi muda sekarang terus mengamalkan semangat persefahaman, hormat-menghormati dan semangat setiakawan antara semua kaum.

Hishammuddin berkata, kepentingan BN dan perasaan bangsa Malaysia tulen perlu diberi keutamaan oleh semua pihak dan tidak harus dijadikan perkara peribadi atau politik sempit agar generasi masa depan lebih memahami perkara sebenar. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.