saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/08/2005

Gol & Gincu - Menepati cita rasa penonton


PEMEGANG watak utama dalam Gol & Gincu, (dari kiri ) Shazzy Falak, Ashraf Sinclair dan Nur Fazura.



Tidak dinafikan filem Gol & Gincu yang skripnya dihasilkan oleh Rafidah Abdullah, salah seorang pengacara rancangan 3R ini menepati cita rasa penonton masa kini.

Futsal yang diketengahkan dalam filem ini, amat sesuai dengan remaja masa kini. Kisah persahabatan, masalah remaja dan hubungan kekeluargaan yang ditampilkan dalam filem ini dengan lakonan para pelakonnya yang bersahaja, memberi kesan yang begitu mendalam kepada penonton.

Syabas kepada pelakon-pelakonnya Pierre Andre dan lain-lain.

Filem terbitan Red Films Sdn. Bhd., arahan Bernard Chauly yang menelan belanja RM1.5 juta ini kini ditayangkan di 29 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.

Fazura - tubuh pasukan futsal sendiri

Gara-gara filem Gol & Gincu, pelakon utamanya Nur Fazura Sharifuddin, 22, telah menubuhkan pasukan futsalnya sendiri.

``Bila sudah mula main futsal rasa seronok pula. Untuk filem itu saya berlatih selama tiga minggu. Nak kata mengalami kecederaan tidak adalah tapi lebam-lebam badan itu memang banyak. Selepas habis shooting, saya rasa rindu pula dengan futsal. Sebab itu, saya tubuhkan pasukan saya sendiri,'' kata Fazura.

Menceritakan pengalaman bersama team Gol & Gincu, Fazura tidak menafikan rasa selesa berlakon dengan Ashraf Sinclair, Shazzy Falak dan teman-teman lain kerana mereka bekerja dalam satu pasukan.

Fazura sebelum ini telah berlakon filem Qaisy & Laila, Senario XX dan Bicara Hati. Kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri arahan Rashid Sibir.

Kata Fazura, dia teruja untuk berlakon drama tersebut kerana berpeluang bekerjasama dengan Azean Irdawaty dan Nasha.

Shazzy Falak - harap tidak dibenci

Biarpun Shazzy merasakan lakonan yang diberi belum mencapai tahap kepuasan, namun watak Shasha yang dibawanya berjaya membuat penonton jengkel melihat gelagatnya itu.

Shasha digambarkan sebagai seorang yang dengki dan kuat cemburu.

``Saya harap tidak dibenci. Perangai Shasha itu jauh berbeza dengan sifat sebenar saya. Cuma bab main futsal tu adalah sikit pada saya,'' katanya penuh harapan.

Kata Shazzy, dia mula bermain futsal sejak setahun lalu bersama beberapa orang rakan namun kumpulannya tidak begitu aktif kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Shazzy yang menjadi teman wanita Ashraf Sinclair yang berlakon sebagai Eddy berkata, mereka sering berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak belum berada di lokasi bagi mendapatkan karakter masing-masing.

Aktif sebagai pengacara rancangan Beat TV, Shazzy mengharapkan kemunculannya dalam Gol & Gincu akan membuka lebih banyak ruang untuknya berlakon filem.

Sebelum muncul dalam filem, Shazzy terlebih dahulu mengasah bakat lakonannya dalam drama Piala Untuk Mama dan Surat Untuk Bulan.

``Kalau boleh saya nak bawa watak yang benar-benar mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon,'' kata anak sulung dari tiga beradik ini.

Jadi VJ MTV Asia

Dalam sibuk berlakon, Shazzy turut mendapat tawaran menjadi VJ MTV Asia. Untuk itu dia perlu berulang alik ke Singapura, menjalani rakaman.

``Sekali rakaman untuk dua episod. Memang padatlah jadual kerja saya. Penat belakang kira kerana ini adalah pilihan saya sendiri,'' katanya tersenyum.

Ashraf Sinclair - puas sebagai Eddy

Jika orang lain bermula sebagai pelakon pembantu, Ashraf Sinclair pula terus diberi watak utama. Bermula dengan filem SH3, dalam Gol & Gincu pun, dia diberi peranan utama.

Dulu dia perlu belajar bermain skate-board untuk disesuaikan dengan watak Khairul. Kini dia perlu menunjukkan kepakarannya bermain futsal untuk disesuaikan dengan watak Eddy.

Kata Ashraf, dia tidak ada masalah bermain futsal kerana sukan tersebut telah menjadi mainannya sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun dalam filem yang hangat ditayangkan di pawagam sekarang ini, wataknya tidaklah dominan kerana Gol & Gincu memberi tumpuan pada pelakon wanita.

Namun Ashraf tetap gembira kerana watak Eddy yang dilakonkannya itu turut memberi kesan dalam Gol & Gincu.

``Memang dari awal lagi saya tahu filem ini memberi tumpuan utama pada pelakon wanita. Bagaimanapun kehadiran pelakon lelaki tetap menjadikan jalinan cerita itu lebih menarik,'' katanya yang turut mendapat tawaran untuk berlakon sebuah lagi filem pada penghujung tahun ini.

Malah dia juga tidak keberatan untuk membawa watak yang jauh tersasar daripada karakternya bagi mempertajamkan lagi ilmu lakonannya.

Sambung belajar

Kesibukan berkarier menyebabkan Ashraf terpaksa menangguh dulu hasrat untuk belajar di luar negara.

Bagaimanapun setelah berbincang dengan ahli keluarga, Ashraf mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan dan perniagaan di dalam negara pada tahun depan.

``Bila kira-kira balik, tak berbaloi untuk saya belajar di luar negara sebab kosnya tinggi. Kalau di sini, saya boleh belajar sambil berlakon. Sekarang ini saya tengah merisik untuk belajar di pusat pengajian mana,'' kata Ashraf, anak kepada Khadijah Abdul Rahman, Ahli Lembaga Amanah Yayasan Warisan Alam (Yawa - pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan pelbagai program kesedaran mengenai alam sekitar).

``Saya tahu satu hari nanti saya akan buat apa yang ibu buat. Tapi sekarang ini biarlah ibu buat dengan caranya dan bila tiba masa nanti, barulah saya uruskan yayasan mengikut cara saya,'' katanya yang sering menjadikan ibunya sebagai ikon.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.