saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/08/2005

Sazzy Falak duit bukan semuanya


SAZZY FALAK.


SAZZY FALAK, sepotong nama yang semakin mekar. Di laman seni yang sedang rancak diserang dengan kehadiran banyak bakat baru, dia juga terserlah.

Apa aset utamanya? Sudah tentu banyak yang akan berkata dia bersandarkan kepada kejelitaan. Tetapi bukan setakat itu sahaja untuk menilai wanita muda berusia 24 ini.

Sazzy, pengacara dan pelakon yang dinamik ini miliki aura tersendiri dan dalam masa yang sama, dia seorang budak yang bijak.

Ya, benar, itulah yang diperkatakan oleh sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengan pengacara Beat TV di Astro ini. Mungkin darah `cerdik pandai' yang diwarisinya menjadikan dia tergolong dalam kalangan remaja bijak dan cepat tangkap.

Itu juga yang dikatakan oleh pengarah filem Gol & Gincu, Bernard Chauly. Kalau mahu tengok bagaimana bijaknya Sazzy dalam dunia lakonan, anda dijemput ke pawagam sekarang kerana filem remaja ideal ini sedang rancak ditayangkan.

Bercakap tentang bijak, kata Sazzy hatinya akan berkembang dan mekar kalau ada yang mengaitkan dirinya di tahap itu.

``Saya lebih suka orang puji saya sebab bijak, daripada puji sebab cantik. Bijak bagi saya bukan boleh dibuat-buat, tetapi anugerah.

``Jadi, kalau ada yang kata saya seorang yang bijak, saya terima dan anggap itu satu penghormatan,'' kata si manis 24 tahun ini.

Dia memulakan langkah dengan penuh gaya dalam dunia glamor melalui bidang iklan. Masih diingat, iklan pertama yang membawanya ke depan kamera ialah iklan pewarna rambut L' oreal pada tahun 1999.

Masa itu umurnya baru sekitar 18 atau 19 tahun. Pada tahun 2000, Sazzy mendapat tawaran sebagai pengacara rancangan popular di TV3, Muzik-muzik.

``Tak serius sangat dengan dunia seni, maklum saja tengah belajar. Buat iklan dan pengacara pun sebab kawan-kawan dan syok dapat duit. Bila sudah semakin banyak buat duit sendiri rasa terus jatuh cinta,'' katanya mengimbas saat mula jatuh cinta.

Dua tahun kemudian dia mendapat perhatian pengarah muda, Osman Ali yang memberikannya peluang berlakon dalam filem pendek, Piala Untuk Mama siaran ntv7.

``Sebenarnya saya sudah mula berteater sejak umur 11 tahun. Jadi, bila dapat tawaran berlakon, saya terus setuju dan tunjuk minat,'' katanya.

Minat membuatkan dia melupakan bidang tugas sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat IT pada tahun 2003. Dia akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah dan memilih dunia lakonan dan pengacaraan sebagai karier baru, sepenuh masa.

Meskipun mengakui dia memilih bidang seni kerana tertarik dengan tawaran fulusnya, itu bukan agenda utama.

``Duit, duit juga, tetapi yang lebih penting lagi ialah minat. Saya minat kepada kerja-kerja seni ni dah lama.

``Orang kata jangan tolak rezeki dan saya buat benda yang saya suka. Kalau dapat lebih banyak duit, baguslah,'' katanya.

Anugerah sesuatu yang menakjubkan. Pernah fikirannya menerawang, bagaimana kalau ditakdirkan suatu hari nanti ada pelakon Malaysia yang berjaya memegang trofi di Academy Award?

``Itu yang pernah saya fikirkan. Lucu bukan? Tapi semuanya tak mustahil.

``Tetapi yang lebih penting lagi, anugerah ke tak, kalau saya boleh buat apa yang saya hendak buat alhamdulillah. Tak pun dapat tak apalah,'' tuturnya mengenai anugerah yang diidam-idamkan oleh banyak pelakon.

Apa pun, pencapaiannya dalam dunia lakonan masih terlalu jauh untuk dinilai. Sejujurnya, kata Sazzy dia tak pernah terfikir untuk meraih sebarang anugerah, lantaran penglibatannya dalam bidang berkenaan masih terlalu hijau.

``Saya hanya buat apa yang saya minat, kalau dihargai saya terima. Kalau tak dihargai, buat sajalah kerja macam biasa,'' katanya lagi.

Sazzy pernah belajar teater seawal usia 11 tahun di akademi teater kanak-kanak di The Mall pada awal tahun 90-an. Dia juga pernah berguru dengan aktivis teater tersohor, Joe Hafsham di Actors Studio usia belasan tahun.

Kematangan Sazzy mungkin bertolak dari cara dia dibesarkan. Membesar dalam asuhan ibu bapa yang berhadapan dengan perceraian, banyak mengajar dirinya akan soal kematangan.

``Sejak kecil saya diajar berdikari oleh emak, Lilly Rahim. Emak dan ayah usahawan berjaya dan emak membela kami sejak berpisah dengan ayah, Shamsul Falak masa umur saya 8 tahun lagi.

``Tetapi antara emak dan ayah tak pernah ada sengketa. Mereka memberikan kami sepenuh kasih sayang, tetapi menerapkan nilai-nilai tanggungjawab yang cukup tinggi, selain kena tahu berdikari.

``Sebab itu walaupun emak dan ayah bercerai, kami tak pernah hilang kasih sayang. Malah saya rapat dengan emak tiri dan bapa tiri saya sebab cara mereka melayan kami dengan penuh kasih sayang,'' katanya, berkongsi cerita peribadi.

Masa kecil bersama ibu, ketika berusia 17 tahun dia berpindah ke Bangsar bersama keluarga ayahnya pula. Melihat seraut wajah ayu yang menjadi miliknya, banyak yang menganggap Sazzy anak kacukan.

Dia sendiri tidak menafikan sering ditanggap dengan persoalan yang sama. Berkali ditegaskan dia adalah berdarah Melayu asli.

``Saya Melayulah. Kalau campuran pun ada sikit-sikit di sebelah nenek emak dan ayah. Tapi yang penting saya Melayu jati,'' katanya merobah tanggapan.

Berjiwa penyayang, sayang kepada keluarga dan percaya kepada persahabatan sejati. Tiga ciri yang menjadikan Sazzy merasakan dirinya istimewa.

Diajak bicara soal cinta, Sazzy tidak menolak. Malah dia mengakui pernah melalui musim-musim bahagia menuai cinta bersama lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya.

``Kalau campur dengan cinta monyet, saya pernah kecundang dalam cinta sebanyak tiga kali,'' katanya disulam ketawa nakal.

Bagaimanapun itu cerita lama. Sekarang kata Sazzy dia tidak mempunyai banyak masa untuk bercinta atau mencari pasangan.

Tetapi dalam soal cinta, Sazzy mempunyai prinsip tersendiri sesuai dengan usia mudanya.

``Pada saya banyak yang sudah salah faham tentang perkataan cinta itu sendiri. Bila ada kekasih, ia adalah tentang soal berkongsi perasaan, bukannya untuk control pihak yang lagi satu. Di situ kita selalu melakukan kesilapan.

``Memanglah cinta itu indah, saling memiliki dan berkongsi perasaan. Tetapi dalam masa yang sama semua pihak kena fikir fasal kepentingan pihak yang lagi satu, tak boleh pentingkan hati dan perasaan sendiri saja,'' katanya, memberikan pendapat.

Pernah melalui saat-saat bercinta, dicintai dan kemudiannya dilukai, menjadikan Sazzy lebih fokus kepada kerjayanya ketika ini.

``Senang cerita, sekarang saya bercinta dengan tiga benda. Pertama Beat TV kedua MTV Juice dan ketiga, laptop saya,'' katanya yang baru saja terpilih sebagai pengacara MTV Juice yang membawanya ke Singapura setiap hari Sabtu untuk penggambaran.

Ketika rakan baiknya, Norfazura dihadapkan dengan isu MMS lucah yang sengaja diedarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, Sazzy mengakui dia juga `ngeri' dengan perkembangan dunia teknologi hari ini.

Meskipun tidak melakukan sebarang hal negatif, perkara yang sama boleh saja berlaku kepada mana-mana individu bergelar artis dan celebrity.

``Saya kasihan kepada Fazura, pernah menangis bila tahu nasib dia kena benda-benda macam itu. Tetapi dia nampak kuat, tak kisah langsung, saya tabik dengan dia.

``Sebagai artis, fitnah datang bila-bila masa saja. Jadi saya pun kena bersedia sebab ia adalah lumrah bila kita berada dalam dunia popular.

``Apa pun saya sentiasa berharap dan berdoa agar perjalanan seni saya tak dihiasi dengan benda-benda negatif macam itu,'' katanya sekali gus memberitahu bahawa dia akan menjadi manusia yang lebih berhati-hati dalam gerak dan langkah selepas ini.

Apa Sazzy suka?

Warna: Berwarna-warni. Kadang-kadang hijau, purple, coklat, oren pun dia minat juga.

Kereta: Suka kereta BMW X3, tetapi sekarang masih pandu Honda Delsol.

Tahap pendidikan: Diploma Kewartawanan dan Perhubungan Awam di Institut LimKokWing

Rakan artis paling baik: Ramai sangat macam Yasmin Hani, Fazura, Ashraff, Jehan. Banyak yang kenal lama, belum jadi artis lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.