saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/08/2005

Cinta tidak mengenal usia


PASANGAN pengantin baru, Mohd. Riduan Husaini mendukung cucu isterinya, Hasnah Abdullah sambil disaksikan oleh anak-anak dan menantu wanita itu selepas mereka diijab kabul di majlis perkahwinan Pengantin Merdeka di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. - Gambar SHAMSUDIN SALEH.


BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Pepatah ada berkata, cinta tidak mengenal usia.

Itulah yang berlaku kepada pasangan Mohd. Riduan Husaini, 27, yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang nenek, Hasnah Abdullah, 47, hari ini.

Janda anak lima itu hasil perkahwinannya terdahulu, kini mempunyai seorang cucu berusia 10 bulan.

Sungguhpun usia kedua-duanya berbeza 20 tahun, namun itu bukan penghalang untuk pasangan berkenaan meniti hari-hari bahagia selepas diijabkabulkan.

Mereka merupakan antara 12 pasangan pengantin yang diraikan pada majlis perkahwinan `Pengantin Merdeka' secara beramai-ramai anjuran pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Seberang Jaya, Ariff Shah Omar Shah.

Menurut Mohd. Riduan yang sebelum ini bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bukit Mertajam, dia tidak menyesal dengan keputusan mengahwini Hasnah dan menganggapnya sebagai takdir.

``Biarpun saya mengetahui Hasnah pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai lima orang anak berumur antara 10 hingga 24 tahun, namun ia tidak pernah melunturkan cinta kami.

``Mungkin inilah yang dikatakan cinta biarpun mendapat tentangan daripada keluarga pada mulanya,'' katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan itu di sini hari ini.

Hasnah pula menceritakan mengenai permulaan percintaan mereka apabila Mohd. Riduan yang bekerja di kilang yang sama dengannya, kerap menegur sewaktu datang dan balik kerja.

Beliau mengakui tidak mengetahui bagaimana semuanya bermula.

Bagaimanapun beliau menyedari cinta mereka mampu mengatasi masalah jurang perbezaan umur.

``Pada mulanya, anak-anak saya menentang perkahwinan ini, tetapi lama-kelamaan, mereka dapat menerima hakikat bahawa jodoh saya dan Mohd. Riduan sudah tersurat.

``Hari ini saya berasa gembira setelah sah bergelar isteri kepada Mohd. Riduan,'' katanya.

Menurut Hasnah, selepas kematian suaminya sembilan tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk bersendirian sehinggalah terpaut pada cinta yang dihulurkan oleh Mohd. Riduan.

Sementara itu, Ariff Shah berkata, majlis yang julung kali diadakan itu menelan perbelanjaan sebanyak RM40,000.

``Selain mengeluarkan duit belanja sendiri, saya turut mendapat peruntukan sebanyak RM10,000 daripada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT),'' katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Program itu dimulakan dengan majlis akad nikah oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai kawasan Permatang Pauh dan Bukit Mertajam, Shamsudin Ismail dan Mohamad Rodzi Senapi di Masjid Jamek Seberang Jaya pukul 9 pagi ini.

Semua pasangan pengantin kemudiannya diarak menggunakan beca yang dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Sebanyak enam ekor lembu disediakan untuk jamuan majlis perkahwinan itu yang dihadiri kira-kira 8,000 jemputan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.