saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 21/08/2005

Choo Ting cabar presiden

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Kerk Choo Ting hari ini membuat kejutan apabila mengambil keputusan mencabar ketuanya Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik merebut jawatan presiden pada pemilihan parti itu, Sabtu depan.

``Keputusan saya untuk bertanding jawatan presiden bukan didorong oleh perasaan marah atau rasa dikhianati sebaliknya ia adalah atas permintaan ahli di peringkat akar umbi,'' kata beliau, 64, yang telah menyandang jawatan itu selama 14 tahun.

Katanya lagi: ``Saya juga tidak melihat pencalonan itu sebagai sesuatu yang peribadi sebaliknya menyifatkan ia sebagai proses dalam kehidupan.

``Keputusan akhir untuk bertanding ini dibuat malam tadi dan saya akan berusaha melakukan yang terbaik tetapi jika tidak diterima, saya akan berundur.

``Namun ruang untuk berunding kini semakin kecil dan saya juga tidak akan menarik diri.''

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas berkata demikian kepada pemberita selepas proses penamaan calon di sini.

Dia kelihatan tenang menjawab setiap soalan pemberita.

Beliau yang diiringi penyokongnya yang kebanyakan terdiri daripada anggota Gerakan Bahagian Taiping itu tiba di ibu pejabat parti pada pukul 11.20 pagi bagi menyerahkan kertas pencalonan.

Kertas pencalonan beliau diterima pada pukul 11.40 pagi.

Sebelum ini Keng Yaik berkata, sebahagian besar ahli parti itu mahu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai peneraju parti dan penggantinya selepas beliau bersara pada tahun 2007.

Ekoran itu, Keng Yaik memberikan nasihat terakhirnya kepada Choo Ting supaya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti, 27 Ogos ini.

Bagaimanapun tanpa diduga oleh Keng Yaik, Choo Ting telah mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebaliknya bertanding merebut jawatan presiden.

Dengan keputusan itu, Tsu Koon menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden Gerakan.

Ketika ditanya kenapa beliau menukar pendirian di saat akhir setelah sebelum ini dilihat akan mempertahankan jawatannya itu, Choo Ting berkata:

``Kalau Tsu Koon bertanding dengan saya dalam satu jawatan, ia adalah perkara yang tidak menguntungkan.

``Tsu Koon adalah kawan baik saya dan kami saling bantu antara satu sama lain. Tiada masalah antara saya dengan dia.''

Menurut Choo Ting, hampir 90 peratus daripada ahli tidak mahu beliau bersara atau bertanding dengan Tsu Koon untuk merebut jawatan timbalan presiden, maka pilihan yang ada adalah bertanding jawatan presiden.

Pengganti Keng Yaik, katanya ditentukan oleh perwakilan dan bukan dirinya sendiri namun jika menang, Tsu Koon akan menjadi orang kanannya.

Ketika ditanya mengenai peluangnya, beliau berkata:

``Setiap orang mempunyai peluang untuk menang dan kalah tetapi kini saya mendapat aspirasi daripada akar umbi,'' katanya.

Sementara itu Datuk Rhina Bhar yang sebelum ini menarik diri daripada mempertahankan jawatan Ketua Wanita kini beralih tumpuan kepada jawatan naib presiden.

Dengan keputusan berkenaan, Rhina akan berhadapan dengan penyandang jawatan naib presiden iaitu anggota Parlimen Segambut, Datuk Dr. Tan Kee Kwong dan Senator Datuk Dr. S. Vijaratnam.

Selain Rhina, dua muka baru lain yang juga akan merebut kerusi tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan dan Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Chang Ko Youn.

Sebelum ini, Rhina yang menjawat jawatan Ketua Wanita secara automatik menjadi naib presiden.

Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa pula, seramai 12 orang akan dipilih dengan lapan orang adalah penyandang sementara 17 adalah muka baru.

Kesemua mereka menyerahkan borang penamaan calon di ibu pejabat Gerakan, di sini, sejak pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Selepas proses penamaan calon hari ini, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden setelah penyandang jawatan itu, Datuk Seri Kerk Choo Ting memutuskan untuk bertanding bagi kerusi presiden menentang Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik.

Pemilihan akan diadakan pada 27 Ogos ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.