saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/08/2005

Abu MAY - Bertemu jodoh gadis Sabah


HANYA Abu dan Mus yang hadir pada sidang akhbar di Planet Hollywood, Kuala Lumpur kelmarin. Dua lagi anggota MAY iaitu Yus (bassis) dan Man (dram) tidak hadir.



TIDAK lama dulu heboh gosip mengatakan gitaris kumpulan MAY, Abu hangat bercinta dengan seorang penyanyi dangdut.

Kisah percintaan Abu atau Mohd. Nasir Yusof, 38, dengan penyanyi dangdut berstatus janda itu mendapat liputan terutamanya di majalah-majalah hiburan tempatan.

Namun, gosip itu sepi begitu sahaja apabila tiada sebarang ikatan yang menyatukan pasangan ini.

Dalam diam-diam tanpa khabar berita mengenai gosip itu, tiba-tiba kelmarin Abu yang muncul di sidang akhbar Live & Unplugged di Planet Hollywood, Kuala Lumpur membuat kejutan dengan memperkenalkan isterinya.

Bagaimanapun, isterinya itu bukanlah si penyanyi dangdut yang pernah digosipkan bercinta dengannya. Sebaliknya isteri Abu hanya seorang gadis berketurunan Bugis berasal dari Sabah.

Murni Abd. Latif, 27, begitulah nama isteri Abu. Mereka berdua telah melangsungkan perkahwinan di kediaman keluarga Murni di Lahad Datu, Sabah pada 4 Ogos lalu dengan mas kahwin berjumlah RM100 dan wang hantaran RM10,000.

Menurut Abu, dia lega dengan perkahwinan itu kerana sekali gus menamatkan desas-desus tentang gosip hangat yang pernah melanda hidupnya selama ini.

``Selama ini, pelbagai gosip timbul antara saya dengan dia (penyanyi dangdut tersebut), tetapi biarlah perkara itu berlalu begitu sahaja.

``Apa yang penting sekarang saya sudah berkahwin dan inilah isteri saya,'' kata Abu sambil memperkenalkan isterinya itu selepas sidang akhbar berkenaan.

Sidang akhbar itu mengumumkan persembahan MAY di pusat hiburan itu pada 11 dan 25 September ini pada pukul 10.30 malam.

Jelas Abu, dia dan Murni mula berkenalan setahun lalu sewaktu mengadakan persembahan pentas bersama MAY di Lahad Datu.

``Ketika itu saya berada di sebuah coffee house dan kebetulan bertemu Murni di situ. Kami berkenalan dan sejak saat itu kami saling berhubung melalui telefon.

``Kami kemudiannya mengambil keputusan berkahwin,'' ujar Abu.

Seperti kelaziman pasangan suami isteri yang lain, Abu dan Murni juga tidak ketinggalan merancang untuk berbulan madu.

``Kami merancang untuk berbulan madu di Pulau Pinang dalam waktu terdekat ini mungkin dua hari sahaja. Saya tidak boleh bercuti lama kerana MAY sibuk dengan undangan persembahan di merata tempat,'' kata Abu.

Kata Abu, Murni akan berpindah ke Ipoh, Perak tidak lama lagi untuk tinggal bersamanya.

Ini merupakan perkahwinan kedua Abu, di mana hasil perkahwinan pertamanya dulu, dia dikurniakan lima anak lelaki berusia antara empat hingga 12 tahun.

Kelima-lima anak hasil perkahwinan pertamannya pada 1992 itu kini tinggal bersama bekas isterinya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.