saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/08/2005

Gila-Gila Pengantin - Bukan sekadar drama biasa

SIRI televisyen (TV) Gila-Gila Pengantin (GGP) yang disiarkan menerusi ntv7 setiap Khamis pukul 8.25 malam bukan sekadar drama biasa.

Selain aksi komedi, subjek pengantin merupakan antara intipati penting yang ditonjolkan menerusi drama bersiri arahan Aziz M. Osman itu.

GGP menampilkan kisah perkembangan dunia butik fesyen terutamanya untuk bakal-bakal pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Menurut Aziz, GGP banyak menampilkan subjek yang berkaitan dengan dunia pengantin kerana ia merupakan satu keperluan yang sentiasa ada dalam kehidupan seharian masyarakat.

``Bagi saya, subjek pengantin sentiasa ada di mana juga selagi manusia masih mempunyai perasaan cinta kepada pasangannya.

``Kalau boleh, saya mahu bawa siri TV ini hingga ke jinjang pelamin,'' katanya selepas sidang akhbar GGP di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

GGP sebanyak 26 episod itu mula ditayangkan melalui ntv7 pada 19 Mei lalu hasil adaptasi daripada filem Gila-Gila Pengantin dan Gila-Gila Pengantin Remaja.

Jelas Aziz, idea untuk menerbitkan siri TV terbitan Ace Motion Pictures Sdn. Bhd. itu datangnya daripada isterinya, Noraliah Lee.

``Pada mulanya saya tidak terfikir tentang perkara itu. Selepas isteri saya memberi idea itu, saya telah memberi cadangan secara rambang kepada pihak GlaxoSmithKline dan mereka pula bersetuju untuk menaja drama ini,'' ujarnya.

Kata Aziz lagi, idea mengadaptasi daripada filem ke TV bukan satu perkara baru dalam sesebuah industri perfileman.

Filem Hollywood berjudul My Big Fat Greek Weeding misalnya merupakan sebuah filem sebelum ia diangkat sebagai sebuah siri TV.

``Setakat ini, saya mendapat tindak balas dan idea yang baik daripada para penonton tentang dunia butik serta fesyen pakaian pengantin.

``Saya rasa, subjek itu boleh difrancaiskan. Kalau sambutan GGP semakin baik, siri TV ini mungkin akan disambung di masa depan,'' katanya lagi yang kini sedang mengarah filem terbarunya berjudul Pemburu Emas Yamashita terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Hadir sama ketika sidang akhbar itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Datuk Shazalli Ramly, Pengurus Pemasaran GlaxoSmithKline, Vong Yuit Meng dan para pelakon GGP seperti Balkisyh, Beego dan Jehan Miskin.

Bagi menarik pembabitan para penonton siri ini, Peraduan Foto Impian Berganda telah diadakan di mana penonton boleh menghantar gambar bersama pasangan masing-masing.

Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000 menanti pemenang yang tampil dengan fesyen dan aksi pengantin yang paling menarik.

Empat pasangan iaitu Foong Shee Seng dan Leong Ching Haa, Faiz Hakim Abdul Razak dan Nazahiyah Sulaiman, Huzein Fahmi Hawari dan Noor Aisah Ahmad serta Aerwandy Ahmad Suut dan Dayang Wediyaharni Abang Bolhassan terpilih sebagai finalis peraduan tersebut.

GGP mengisahkan tentang Jaafar (lakonan Razak Ahmad) dan Sally (Sharifah Shahira) yang bersaing dalam mengusahakan butik masing-masing.

Walaupun saling bersaing, tetapi dalam masa yang sama adik Jaafar iaitu Erra dan adik Sally, Jefri pula saling jatuh cinta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.