saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 30/08/2005

`Aida mohon maaf kepada PM, rakyat Malaysia'

KUANTAN 29 Ogos - ``Aida mohon maaf kepada Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia.

``Aida tidak pernah menyangka aksi berkemban dengan Jalur Gemilang akan menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia, Aida betul-betul naif dan Aida mohon dimaafkan,'' luah seorang model yang dikecam banyak pihak setelah gambar seksinya berbalut Jalur Gemilang disiarkan oleh sebuah majalah baru-baru ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, 23, kini benar-benar kesal dengan perbuatannya itu dan berada dalam keadaan tertekan serta berasa terhina sejak aksinya itu disiarkan dalam media massa.

Anak kedua daripada lima beradik itu yang datang sendiri ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, dia tidak mampu berdepan dengan masyarakat dan menepis pandangan sinis yang dilemparkan kepadanya sejak gambar itu tersiar dalam majalah berkenaan.

Sambil menangis, Aida mendakwa banyak perkara berkaitan aksi itu telah disensasikan secara berlebihan hingga menyebabkan dia tidak mampu berdepan dengan masyarakat.

Paling menyedihkan katanya, kesan daripada aksi itu juga terpaksa ditanggung oleh ibu bapa serta adik-beradiknya menyebabkan dia kadang-kala berasa `hilang semangat.'

Mengenai perasaannya berhadapan dengan keadaan itu, kata Aida, dia tidak berupaya untuk menghadapi tekanan apabila dilabel sebagai seorang yang sanggup berbogel demi publisiti murahan sedangkan perkara itu tidak pernah terlintas di fikirannya.

``Aida bersumpah tidak pernah berbogel. Dalam aksi dibaluti Jalur Gemilang itu, Aida sebenarnya memakai tube berwarna hitam dengan seluar pendek. Tuduhan yang mengatakan Aida berbogel tidak berasas sama sekali,'' katanya sambil mengesat air mata.

Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, gadis bertubuh kecil dan kelihatan agak pemalu itu tidak putus-putus mengalirkan air mata dan berulang kali memohon maaf kepada semua pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta rakyat Malaysia.

Menurut gadis yang baru setahun berkhidmat sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan itu, dia tidak pernah terfikir aksinya itu akan mengguris sensitiviti masyarakat terutama ketika negara bersedia untuk menyambut hari yang penuh bersejarah, Rabu ini.

Kata Aida, dia menyedari nilai Jalur Gemilang kerana dididik menghargainya sejak dari kecil lagi.

Sabtu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) membuat laporan polis ke atas majalah yang menyiarkan gambar berunsur lucah itu yang dianggap memberikan impak negatif kepada negara.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.