saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/09/2005

Ruffedge - Buka syarikat di Indonesia


RUFFEDGE (dari kiri) Syed Hussein, Kamaruzaman Zain, Azan Addin, Amer Munawer dan Cat Farish. - Gambar HARUN OSMAN.



BAGI mengembangkan lagi pasaran album Ruffedge di Indonesia, kumpulan pop R&B ini telah menubuhkan syarikat pengurusan mereka sendiri di negara jiran itu.

Syarikat yang diberi nama Ruffrecords itu mula beroperasi beberapa bulan lalu bagi menguruskan pengedaran album dan persembahan Ruffedge di sana.

Menurut anggota Ruffedge, Cat, langkah itu dibuat bagi membolehkan kumpulannya mencipta nama ke peringkat antarabangsa.

``Kami rasa sudah sampai masanya kami mencuba nasib di Indonesia. Kami sudah melantik seorang wakil iaitu Intan Juliana bagi menguruskan Ruffrecords yang berpusat di Jakarta,'' kata Cat sewaktu pelancaran album terbaru Ruffedge berjudul Ruffera di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Cat, dia dan anggota-anggota Ruffedge yang lain telah melakukan kajian tentang pasaran album di Indonesia sebelum keputusan itu diambil.

Hasilnya, Ruffedge merasa yakin album berkonsepkan pop R&B dengan elemen hip hop yang ditonjolkan menerusi Ruffera mampu memikat pendengar di negara seberang itu.

``Kami yakin ramai peminat yang sudahpun mengenali Ruffedge selepas kami dicalonkan mewakili Malaysia pada Anugerah MTV Asia yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Februari lalu.

``Kami yakin ramai peminat di Indonesia telah pun menyaksikan persembahan kami menerusi TV sewaktu program itu disiarkan enam bulan lepas,'' ujarnya.

Malah Cat yakin, Ruffera mampu meneroka pasaran album di Indonesia tanpa perlu mengubah struktur asal lagu-lagu yang dimuatkan menerusi album itu.

Dalam pada itu, Ruffedge tidak lupa untuk memberi tumpuan agar Ruffera juga mampu menembusi pasaran album tempatan dengan cemerlang.

Di kala jualan album tempatan lembap, Ruffedge mensasarkan jualan Ruffera sebanyak 100,000 unit.

``Setakat ini, Redifined adalah album Ruffedge yang paling tinggi sekali jualannya iaitu sebanyak 30,000 unit.

``Tapi daripada segi kualiti, Ruffera adalah terbaik yang pernah kami hasilkan. Kami mengambil masa hampir tujuh bulan untuk merakamkan album ini,'' ujar Cat.

Menariknya album itu turut menampilkan tiga orang penyanyi undangan iaitu Noraniza Idris yang turut menyanyi bersama Ruffedge menerusi lagu Onjak Sekaki, Kerinduan (Jacyln Victor) dan Membebel (Amuk).

Selain Cat, Ruffedge turut dianggotai oleh Azan Addin, Kamaruzaman Zain, Amer Munawer dan Syed Hussein.

Lagu-lagu yang dimuatkan menerusi album Ruffera berjudul Bergelora, Buat Kamu, Da'Bomb, Kerna, Lemas, Hari Ini Dalam Sejarah, Onjak Sekaki, Kerinduan, Secebis Kepercayaan, Membebel dan Untuk Mama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.