saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 01/09/2005

Telekom Melaka catat sejarah


PENYERANG Telekom Melaka, Carlos Jose Nadalich (kiri) cuba mengawal bola daripada asakan pemain Negeri Sembilan, B. Rajinikandh dalam saingan Kumpulan B bola sepak Piala Malaysia di Stadium Hang Tuah, malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 0 - 0 sekaligus membolehkan Telekom Melaka layak ke suku akhir mengiringi Pulau Pinang. - Gambar Gaie Uchel.


KUALA LUMPUR - Telekom Melaka menjadi satu-satunya pasukan bertaraf kelab berjaya layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini selepas aksi peringkat kumpulan berakhir semalam.

Selain Perak dan Terengganu yang sudah pun layak lebih awal, menyertai Telekom Melaka untuk baki enam pasukan lagi ke suku akhir semalam ialah juara bertahan, Perlis di samping Pahang, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Kecuali kejayaan bermakna Telekom Melaka, tiada kejutan besar berlaku semalam apabila lima lagi pasukan berstatus kelab tewas dalam perlawanan masing-masing.

Di Stadium Hang Tuah, walaupun sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan, dengan Negeri Sembilan, ianya sudah cukup buat Telekom Melaka untuk layak buat kali pertama ke suku akhir.

Negeri Sembilan yang perlu menang untuk memintas Telekom bagaimanapun gagal berbuat demikian untuk mengiringi Pulau Pinang daripada Kumpulan B.

Pulau Pinang walaupun tewas 2-1 kepada Kuala Lumpur di Stadium Cheras masih boleh menarik nafas lega.

Selepas ketinggalan menerusi jaringan Mohd. Shahriful Hisham pada minit ke-65, Pulau Pinang menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Dudu.

Gol kemenangan Kuala Lumpur dijaringkan Carlos Quinoses pada minit ke-74.

Perlis pula menyertai Terengganu layak ke suku akhir dari Kumpulan A selepas menewaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 3-1 di Stadium Utama, Kangar.

Yusri Che Lah menjaringkan dua gol pada minit ke-69 dan 89 manakala satu lagi gol disumbang Zacharia Simokunda pada minit ke-45.

Tenggelam

PKNS yang jelas tenggelam dalam asakan Perlis kemudiannya hanya memperoleh gol saguhati pada minit ke-85.

Terengganu pula muncul juara kumpulan dengan menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu.

Gol-gol Terengganu dijaringkan Helton Soares (m32) dan penalti Daniel Moreno (m-44) yang mengambil sendiri sepakan selepas dia dijatuhkan dalam kotak penalti.

Saingan Kumpulan C pula menyaksikan Pahang muncul juara kumpulan selepas menewaskan juara Piala Malaysia 2003, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) 3-1 di Stadium Petaling Jaya.

MPPJ bagaimanapun lebih dulu membuka jaringan menerusi Tsoumou Clotaire seawal minit ke-4 tetapi tiga gol dalam masa lima minit menerusi Bernard Tchoutang (m39) dan Traore Bennet (m44, 69) melegakan Pahang.

Kedah pula mengiringi Pahang ke suku akhir selepas menewaskan Johor FC 3-0 di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.

Gol pertama Kedah dijaringkan sebaik perlawanan dimulakan menerusi Mendez Gabriel Alegendro sebelum Mohd. Khyril Muhaymin (m6) dan Ahmad Fauzi Shaari (m66) menambah jaringan.

Selangor pula perlu berterima kasih kepada Perak yang bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan MK Land 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Perak memperoleh dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Frank Seator (m64) dan Chan Wing Hoong (m68) untuk menafikan gol awal MK Land yang dijaringkan Mario Miyo Tovic (m54).

Kemenangan Perak itu membolehkan Selangor yang hanya seri tanpa jaringan dengan Public Bank di Stadium Shah Alam layak ke suku akhir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.