saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/09/2005

Koperal maut, rakan parah ditetak

KOTA KINABALU 2 Sept. - Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut manakala rakannya parah diserang oleh seorang lelaki kurang siuman dengan parang di Kampung Pandiwan, Nabawan, hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, pasukan polis yang dihantar untuk memberi bantuan terpaksa menembak mati lelaki terbabit kerana dia memegang parang dan senjata api milik mangsa.

Mangsa, Koperal Pi Lim Tanong, 46, dari Balai Polis Nabawan, mati di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan teruk akibat ditetak pada leher, kepala dan perut.

Rakan mangsa, Koperal Husin Abd. Rashid, 48, terselamat tetapi mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mangsor Ismail berkata, berikutan itu sepasukan lapan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dihantar untuk memberi bantuan.

Katanya, polis terpaksa menembak mati suspek kerana dia memegang parang dan senjata api milik polis.

``Hasil siasatan, lelaki kurang siuman itu, Manais Angsaring, 40-an, mempunyai rekod sakit mental sebelum ini.

``Dia (Manais) juga menunjukkan tanda-tanda luar biasa sejak tiga hingga empat hari sebelum ini dengan mengasah parang,'' katanya di Unit Udara Polis (UUP) Tanjung Aru, di sini petang ini.

Mangsor ditemui selepas melawat anggota yang cedera di Hospital Keningau di sini hari ini.

Beliau berkata, Lim Tanong yang berasal dari Nabawan dikatakan mengenali suspek dan pernah memujuknya sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, cubaan memujuk suspek kali ini gagal hingga dia bertindak menyerang anggota polis terbabit dan rakannya.

Beliau berkata, Lim Tanong yang sudah berkahwin meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.