saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 06/09/2005

Khairy pegang kenyataan, Ronnie dakwa diputar belit

K UALA LUMPUR 5 Sept. - ``Saya tidak akan berhenti daripada menyatakan bahawa DAP adalah pengkhianat apabila pemimpin mereka berkata bahawa pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu bukan pejuang sebenar kemerdekaan,'' tegas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, beliau mahu DAP mengambil tindakan disiplin ke atas Setiausaha Biro Antarabangsanya, Ronnie Liu kerana membuat dakwaan itu melalui artikel yang disiarkan melalui laman web rasmi parti pembangkang berkenaan.

``DAP mesti menarik balik artikel itu dan memohon maaf,'' tegasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Ronnie Liu dalam kenyataannya menyebut, Naib Ketua Pemuda UMNO itu memutarbelitkan kenyataannya.

Bagaimanapun beliau mengakui, kemungkinan gaya penulisan dan pemilihan perkataan dalam kenyataannya itu tidak diolah seperti yang sepatutnya mengakibatkan artikel itu disalahertikan.

Kenyataan penuh pemimpin DAP itu bertajuk Pejuang-pejuang sebenar kemerdekaan boleh didapati melalui laman web rasmi parti pembangkang itu, www.dapmalaysia.org.

Sehubungan itu, beliau mencabar Khairy supaya berdebat secara terbuka bagi menjelaskan kekeliruan ekoran daripada kenyataan itu yang disiarkan di laman web berkenaan sejak Jumaat lalu.

``Tidak ada dalam kenyataan yang saya tulis pada 1 September itu menolak Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan, perkataan itu tidak ada langsung dalam kenyataan tersebut.

``Saya cabar Khairy berdebat secara terbuka untuk membuktikan bahawa saya menolak Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan.

``Saya menekankan bahawa kemerdekaan dicapai bukan hanya oleh UMNO tetapi termasuk rakyat Malaysia lain, bukan Melayu dan Melayu yang tidak bersama UMNO,'' katanya.

Khairy dalam laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini menganggap DAP berniat jahat dan cuba menafikan sejarah negara dengan membuat dakwaan tidak berasas itu.

Sementara itu, Khairy menjelaskan bahawa beliau tidak berminat menyahut cabaran pemimpin yang gemar memutarbelitkan fakta dan sejarah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.